Update @cmlimguaneng Lawat Mangsa Banjir Orang Kaya Saja Ka? Orang Miskin Bukan Pengundi DAP? >> Berita Malay 18


Sudah dua tiga kali Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng melawat ke Pangsapuri Kayangan Puri Mutiara, berdekatan Taman Fettes di Tanjong Bungah. Masih ingatkah lagi kejadian di mana berlaku runtuhan lumpur yang mengakibatkan beberapa buah kereta musnah? Ini bukan kawasan kediaman golongan pendapatan rendah. Ini golongan orang ada-ada.

Semasa lawatan sebelum ini, Joseph Lim Guan Eng mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk melaksanakan kawalan lereng untuk mencegah runtuhan berlaku. Kos baik pulih lereng akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri dan ianya telah mendapatkan kelulusan MMK Rabu lalu. Dianggarkan kos baik pulih mencecah jutaan Ringgit. 

Untung jadi orang ada-ada. Celik mata Kerajaan Negeri hendak membantu. Namun begitu, tiada pula laporan di nana Joseph Lim Guan Eng ada melakukan lawatan susulan ke kawasan Jalan P. Ramlee atau CaunterHall di Sungai Pinang di mana berlaku banyak kerosakan kepada rumah-rumah penduduk akibat banjir seminggu lalu. Mungkin mereka ini bukan orang ada-ada. Tak tahulah sama ada golongan orang bukan ada-ada bukan pengundi DAP.

Kesimpulannya, undi DAP anda berenang.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :