Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini membuat cabaran berkaitan 1MDB kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad yang mempelawa parti-parti politik untuk mengemukakan nama calon-calon pilihan raya kepada suruhanjaya itu untuk saringan.

Lim berkata jika SPRM boleh mengesyorkan bahawa calon-calon BN yang terpalit dengan skandal 1MDB tidak diletakkan pada pilihan raya akan datang, maka beliau akan mencadangkan kepada jawatankuasa eksekutif pusat DAP agar calon parti itu turut dikenakan proses saringan.
Lim mengulas
kenyataan Dzulkifli bahawa hanya BN yang mengemukakan nama pemimpin dan calon berpotensi mereka kepada SPRM untuk saringan sementara parti-parti pembangkang tidak melakukannya.
"Dzulkifli tidak begitu naif kerana tidak tahu sebab sebenar mengapa parti-parti pembangkang tidak pernah menghantar calon calon pilihan mereka ke SPRM untuk saringan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau mendakwa tinjauan pendapat tentang sama ada SPRM dilihat sebagai bebas dan tidak memihak mungkin menyaksikan lebih daripada 90 peratus responden melabel suruhanjaya itu sebagai ‘alat’ Pejabat Perdana Menteri.
Bagaimanapun, Lim berkata beliau bersedia untuk diyakinkan sebaliknya jika SPRM bersedia menerima cabaran berkenaan dengan calon BN yang terpalit dengan skandal 1MDB.
"Bola berada di gelanggang SPRM. Mampukah SPRM melakukannya?" soal Lim.
Related Posts :
Update [Video 'Kita Bersaudara' TAHNIAH Malaysia SYABAS Garudaku] Juara bertahan Thailand mara ke final bola sepak & Bekas PM Thailand Yingluck lari ke Dubai! >> Berita Malay 18Ahad, 27 Ogos 2017
Juara bertahan Thailand mara ke final bola sepak
Pemain Thailand meraikan gol jaringan ketua pasukan Chenrop Samph… Read More...
Update [Video Janji 'Pakatan Rakyat'? Tun M tersasul (lupa) di Kelantan] NAJIB SEMAKIN PANIK, PERTUKARAN KERAJAAN KIAN MENAKUTKANNYA! >> Berita Malay 18Ahad, 27 Ogos 2017
NAJIB SEMAKIN PANIK, PERTUKARAN KERAJAAN KIAN MENAKUTKANNYA
Baru dua hari lalu Najib Razak menulis di blognya denga… Read More...
Update [Video Tun M: Matawang kita jatuh teruk & Saya sedih dengan Pas dah jadi pemecah belah Melayu] #NajibPerompakUmnoPenyangak, Rakyat Menderita! Pas jangan jadi seperti Mat Jenin >> Berita Malay 18Ahad, 27 Ogos 2017
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 24hb Ogos ·
Ligat kepala hotak licin menteri ken… Read More...
Update 'Kami tunggu, tapi cikgu tak muncul-muncul...' >> Berita Malay 18
MARANG: "Kami tunggu cikgu untuk mengajar kelas tambahan, tetapi dia tak kunjung tiba. Rupa-rupanya cikgu terkorban dalam kemalangan," kat… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2017/08/update-video-jatuhkan-kerajaan.html">Update [Video "Jatuhkan Kerajaan Kleptokrasi BN dan naikkan PH"] SELAGI TUN MAHATHIR SIHAT, SELAGI ITU UMNO TERUS SAKIT...Di Kepala Batas dan Ipoh baru-baru ini, melaut rakyat hadir untuk mendengar ucapannya. >> Berita Malay 18Sabtu, 26 Ogos 2017
SELAGI TUN MAHATHIR SIHAT, SELAGI ITU UMNO TERUS SAKIT
Tun Mahathir Mohamad adalah ketakutan utama bagi Najib Razak… Read More...