Ketua Penerangan UMNO, TS Annuar Musa berkata DAP hanya menggunakan parti gabungan seperti PKR, PAN dan PPBM untuk menjayakan matlamat mereka. Beliau menambah, realitinya dalam dunia politik hari ini hanya mempunyai dua parti sahaja yang mempunyai DNA sendiri, iaitu UMNO dan DAP.
Menurutnya, UMNO adalah sebuah parti yang akan memperjuangkan bangsa Melayu dan Islam, tetapi DAP ingin meletakkan semua hak adalah sama-rata. TS Annuar Musa ketika temubual bersama Berita Harian Online, dalam wawancara bertajuk "PRU 14 - Antara Mimpi dan Realiti", berkata,
Yang betul-betul ada DNA sendiri hanyalah UMNO dan DAP. DAP boleh menyamar sana sini, DAP boleh rombak semua yang UMNO buat, UMNO dan PAS pula betul-betul nak tegakkan Islam tetapi DAP takkan letakkan agama Islam di tempat yang tertinggi.
Lee Kuan Yew iaitu Pengasas DAP dah cakap antara pencapaian yang tidak dapat dicapai adalah kerana Islam, begitu juga dengan DAP yang fobia Islam, sebab itu duduk dalam Pakatan dia kawal PKR, jangan langgar benda yang dia cakap.
DAP kuasai hampir 50 kerusi dia kawal malah DAP juga parti lama, dia bijak. Dalam PKR ada agen DAP sebab DAP bukan parti kecil, DAP ada ideologi, kalau parti lain itu ibarat bunga dengan buah silat sahaja,” katanya ketika tembual bersama BH Online, Rabu.
TS Annuar Musa berkata, DAP menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai 'alat' untuk memecahkan undi Melayu di Semenanjung serta melemahkan pengaruh parti dominan di Sabah dan Sarawak bagi menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Beliau menambah, DAP menerusi Pakatan Harapan menggunakan strategi itu dengan harapan dapat membentuk kerajaan Persekutuan dengan merampas sehingga 50 kerusi Parlimen tertentu di Sabah dan Sarawak dalam PRU akan datang. Bagaimanapun, TS Annuar Musa berkata, DAP harus sedar strategi parti itu tidak mudah diterima pengundi terutama orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Saya hendak tegaskan DAP jangan mimpi orang Melayu akan menerima begitu saja taktik mereka. Jika mereka anggap mereka boleh lakukan di Sabah dan Sarawak, mereka sebenarnya silap. Apa yang DAP lakukan ini hanya akan mendorong rakyat Bumiputera di Sabah dan Sarawak lebih bersatu. Di Semenanjung pula, orang Islam dan Melayu akan lebih bersatu.Ikutilah temubual Ketua Penerangan UMNO selanjutnya di bawah: