KENYATAAN Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi semalam bahawa undi kepada Pakatan Harapan (PH) adalah undi kepada DAP merupakan satu kenyataan berbaur perkauman dalam usaha PAS membantu Perdana Menteri Najib Razak dan Umno mengekalkan 'survival' politik mereka.
Kenyataan tersebut begitu meleset kerana perjuangan PH adalah bagi menyelamatkan negara daripada pemerintahan kleptokrasi Najib Razak dan Umno yang banyak melakukan jenayah rasuah dan salah urustadbir wang negara sehinggakan skandal-skandal korupsi berskala mega seperti 1MDB dan Felda mendapat perhatian antarabangsa.
Pada masa yang sama, tawaran 100 hari pemerintahan PH seperti pemansuhan GST, penyiasatan skandal 1MDB melalui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) dan kestabilan harga petrol serta tawaran Pemuda PH dalam isu pendidikan, pekerjaan dan perumahan adalah objektif dan hala tuju yang positif dan konkrit oleh PH dalam usaha membina semula negara bagi membebaskan rakyat daripada kezaliman dan bebanan kos sara hidup.
Ironinya, PAS hanya bergantung kepada sentimen perkauman dalam berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Keengganan PAS untuk bersama PH untuk membentuk satu barisan bersatu (united front) adalah bukti kegagalan PAS untuk bersama-sama menyelamatkan negara.
Membangkitkan isu campur tangan kuasa asing terhadap usaha PH menentang korupsi terutama skandal 1MDB adalah suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan naif tentang jenayah penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin utama negara. PAS dilihat lebih rela membiarkan kleptokrat terus berkuasa walaupun ianya bertentangan dengan syariat.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update Kalau India, Cina seperi Tun Sambanthan Malaysia kekal AMAN, Lihat lah siapa Lim Kuan Yew >> Berita Malay 18
Klik gambar untuk besarkan
Ucapan Tun Sambanthan pada 1965, Apa yang kita boleh belajar?
.
Nak jadi cerita, tadi den a… Read More...
Update Amaran Azmin: Pemilihan esok akan panas, tipu, tabur wang >> Berita Malay 18Amaran Azmin: Pemilihan esok akan panas, tipu, tabur wang: PEMILIHAN PKR | 'Saya bukan 'barua' Dr Mahathir,' kata calon timbalan presiden pa… Read More...
Update RIZAB NEGARA TERUS MENJUNAM: MANA MENTERI GAJI RM BERJUTA? >> Berita Malay 18
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan membidas kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang masih tidak me… Read More...
Update [Video Guns N' Roses - November Rain & BILA KALAH IQ Lobak dan Pas baru teringat KG GAJAH...November bulan Umno Pas 'mengamuk'!] Guns N Roses di Pasir Salak. >> Berita Malay 18Sabtu, 10 November 2018
Guns N Roses di Pasir Salak
November termasuk bulan monson timur laut yang membawa hujan lebat. Biasanya angi… Read More...
Update RIZAB NEGARA TERUS MENJUNAM: MANA MENTERI GAJI RM BERJUTA? >> Berita Malay 18
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan membidas kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang masih tidak me… Read More...