PUTRAJAYA - Bukan mudah menepis lamaran datang daripada pelbagai parti politik, bagaimanapun itu sedang dihadapi Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.
Mengakui diri bagai pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo yang sering diintai pasukan bola sepak dunia, Ibrahim juga sering dilamar oleh parti politik yang dahagakan semangat juangnya.
"Macam-macam parti lamar saya. Berderet-deret parti yang lamar. Sebab harga saya 'mahal'.
"Saya ni ibarat Ronaldo, Manchester nak, Chelsea nak. Macam-macam yang datang tawarkan (masuk parti) kepada saya," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Tahunan Perkasa Putrajaya.
Biarpun usia menginjak 66 tahun, beliau mengakui semangat juangnya terhadap bangsa dan agama masih tinggi.
"Kalau saya tidak dibuang daripada Umno dahulu, mungkin tidak wujud saya di Perkasa. Kalau tidak, bagaimana mahu bela nasib bangsa kita?
"Saya bagaimanapun tidak bermusuh dengan mana-mana parti politik. Sama ada Umno mahu pun Pas. Saya hanya bermusuh dengan pihak yang mahu meranapkan agenda Islam," katanya. - SH
Related Posts :
Update ATAS NAMA KEDAMAIAN DAN KEAMANAN, AYUH BERSOLADIRITU HIMPUNAN AMAN SABTU INI! >> Berita Malay 18
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengajak rakyat untuk sama-sama bersolidariti pada Sabtu ini atas nama kedamaian, keamanan… Read More...
Update ATAS NAMA KEDAMAIAN DAN KEAMANAN, AYUH BERSOLADIRITU HIMPUNAN AMAN SABTU INI! >> Berita Malay 18
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengajak rakyat untuk sama-sama bersolidariti pada Sabtu ini atas nama kedamaian, keamanan… Read More...
Update Kenapa Anda Mesti Merungut, Anda Yang Pilih Kerajaan Baharu, Sudah Pinjam Bayarlah Balik! >> Berita Malay 18
Semalam, Wan Saiful Wan Jan selaku Pengerusi PTPTN membuat pengumuman berkenaan mekanisme pelaksanaan dasar-dasar baharu PTPTN sempena pe… Read More...
Update [Video Saya bukan Chellappa I m US Subra] Irwan Serigar bukan lagi Mejar Jeneral Kehormat & Pinda laporan audit 1MDB: Najib, Arul Kanda akan didakwa, kata sumber. >> Berita Malay 18Khamis, 6 Disember 2018
Irwan Serigar bukan lagi mejar jeneral kehormat Angkatan Sukarela Persekutuan
Pentauliahan pangkat Mejar Jeneral… Read More...
Update ALAMAK ~ Madinah Tetap Dengan Keputusan..! >> Berita Malay 18
Madinah buat laki dia macam ayam berak kapor..! Atau memang Madinah nak test laki dia..! sanggup mati demi Najib ke tak?
Jawatankuasa Kira… Read More...