-
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Tun Abang Openg memberi jaminan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan dihalang daripada memasuki negeri itu.
Selain Mahathir, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Pilihan Raya AMANAH, Dr Hatta Ramli juga boleh berbuat demikian tanpa halangan, katanya.
"Tak ada masalah, mereka bukan pelampau," kata Abang Johari seperti dipetik The Star hari ini.
Mahathir akan memberi ucapan di Sarawak esok dan kehadirannya ke negeri itu merupakan penampilan sulung beliau sejak menjadi pembangkang.
Bekas perdana menteri itu akan hadir pada ceramah HARAPAN dan akan berucap mengenai manifesto pilihan raya yang akan ditawarkan kepada rakyat negeri itu.
Terdahulu hari ini, dua anggota parlimen PKR, Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan Hee Loy Sean (Petaling Jaya Selatan) dihalang memasuki Sarawak sejurus tiba di Lapangan Terbang Miri.
Dalam ucapannya semasa merasmikan bangunan pejabat daerah Bau yang baru, Abang Johari berkata kerajaan negeri hanya akan menghalang mana-mana ahli politik yang dianggap sebagai ancaman daripada memasuki negeri itu.
"Kebebasan bersuara tidak bermakna ia boleh dilakukan dengan mengorbankan rakyat. Saya akan menghalang ahli politik yang mungkin menyebabkan perpecahan di Sarawak, walau apapun yang dikritik," katanya.
Beliau berkata itu adalah sebab mengapa tokoh seperti Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali juga dilarang masuk ke negeri berkenaan.
Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie
Related Posts :
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2019/06/update-pemimpin-pemimpin-ph-yang-dulu.html">Update “PEMIMPIN-PEMIMPIN PH YANG DULU KUAT BANTAH KINI SEMUA BISU" >> Berita Malay 18 Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membidas pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang kini membisu berbeza … Read More...
Update Macai PH Meroyan Buat Persepsi Kononnya Harga Barang Murah Di Hari Raya >> Berita Malay 18 Penyokong dan pentaksub Pakatan Harapan cuba membuat persepsi di nedia sosial bahawa harga barangan menjadi murah bersemlena Hari Raya … Read More...
Update RCI kehakiman akan jejaskan kes-kes penting di mahkamah - PM >> Berita Malay 18RCI kehakiman akan jejaskan kes-kes penting di mahkamah - PM: 'Ia (afidavit itu) membuat tuduhan secara umum. Jadi kalau secara umum, … Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2019/06/update-pemimpin-pemimpin-ph-yang-dulu_10.html">Update “PEMIMPIN-PEMIMPIN PH YANG DULU KUAT BANTAH KINI SEMUA BISU" >> Berita Malay 18 Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membidas pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang kini membisu berbeza … Read More...
Update USTAZAH PASTI SUMBER UTAMA RUJUKAN WALAUN PAS.. >> Berita Malay 18 Kisah di pagi raya... Pak aji sembang2 dgn sorang walaun tua masa pi ziarah kat rumah pak sedara.... Pak aji tanya dia... "PAS ni dah … Read More...