 |
Imej via Berita Harian |
JOHOR BAHRU 24 Sept. - Dalam usaha melahirkan pelajar tahfiz berkualiti tinggi, sekolah tahfiz swasta diminta untuk menyediakan dua aliran pendidikan kepada pelajar agar pengajiannya seiring dengan akademik bagi jaminan masa depan yang cerah.
Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, kerajaan negeri meminta dua aliran pendidikan itu diterapkan untuk memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam akademik yang menjamin peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Katanya, kerajaan negeri bersedia membantu pusat tahfiz swasta yang berhasrat mengikut sistem pembelajaran yang ditekankan melalui kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri.
“Kita ada menempatkan 20 pelajar tingkatan empat dan lima dari tahfiz swasta yang sudah menghafaz al-Quran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekok, Segamat bagi membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Apa yang dilakukan ini adalah demi kebaikan masa depan pelajar. Apa-apapun, ia terpulang kepada pihak sekolah tahfiz swasta sama ada mereka ingin patuh atau tidak terhadap usul yang dicadangkan dan kita tidak boleh memaksa mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat negeri di Pusat Islam Iskandar di sini kelmarin.
Mutalip berkata, saranan dua aliran pendidikan itu antara isu yang dibangkitkan dalam perjumpaan dengan 95 pengusaha dan pengetua tahfiz swasta di negeri ini baru-baru ini.
Katanya, dalam perjumpaan itu, pengetua dan pengusaha sekolah tahfiz turut diminta mendaftar dan berusaha untuk meningkatkan kelengkapan serta kemudahan di sekolah sedia ada terutamanya yang menyediakan kemudahan asrama.
“Dianggarkan sebanyak 15 pusat tahfiz swasta di negeri ini yang masih belum berdaftar. Sekiranya mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh masa diberikan, kita tidak teragak untuk mengambil tindakan terhadap mereka dan menutup pusat tahfiz terbabit,” katanya.
Related Posts :
Update Tuan Ibrahim akui dua MP PAS ada jumpa Tun M >> Berita Malay 18
KOTA BHARU - Pas akui dua daripada ahli parlimennya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun ia tan… Read More...
Update (MAMAK) Lelaki terima RM150,000 cetus rusuhan kuil ditahan di KLIA 2 >> Berita Malay 18
LELAKI yang dipercayai telah terima wang sebanyak RM150,000 dari pihak peguam sebelum menyerahkan RM50,000 kepada pihak ketiga yang mence… Read More...
Update MAIN=MAIN POLITIK >> Berita Malay 18
SHHHHH !!?
HANGPA KALO NAK SERTAI BERSATU, HANGPA KELUAR DULU ! LEPAS TU JANGAN PI MANA-MANA, DOK BEBAS DULU, KURANG LEBIH SATU BULAN ATA… Read More...
Update [VIDEO] Lelaki pertikai Perkara 153 Perlembagaan diburu polis >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Polis meminta orang ramai agar membantu pihaknya mengesan seorang individu bagi membantu siasatan polis berhubung… Read More...
Update '70,000 mohon masuk MRSM, kouta hanya 7,760' >> Berita Malay 18'70,000 mohon masuk MRSM, kouta hanya 7,760': Permohonan yang diterima sehingga tarikh tutup permohonan, 4 Dis lepas.
… Read More...