Update Gambar Dan Video Pertemuan DS @NajibRazak Dan @RealDonaldTrump, Mana Sotong @RafiziRamli? >> Berita Malay 18






Mana Rafizi Ramli? Mana macai-macai pembangkang? Tidak cukupkah gambar-gambar kemesraan President Of The United State (POTUS), Donald J Trump menyambut Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak di West Wing lobby, White House. Kalau belum, lihat pula video-video di bawah:





Kalau ini bukan pertemuan rasmi dua buah negara seperti dakwaan Rafizi Ramli dan macai-macai pembangkang, tidak tahulah nak kata apa lagi. Untuk Rafizi Ramli, kita sedekahkan dua gambar lagi di Oval Office, White House.



Untuk pengetahuan macai-macai pembangkang, POTUS sendiri menyambut ketibaan Perdana Menteri di White House. Ini menunjukkan hubungan akrab antara kedua pemimpin ini dan juga status Malaysia sebagai antara sebuah negara yang penting bagi Amerika Syarikat.

Segala dakyah dan propaganda pembangkang bahawa Malaysia kini kononnya menjadi sebuah negara 'kleptokrasi' dan 'a failed state' sudah boleh dibakul sampahkan. Pembangkang kini seperti cacing kepanasan.

Nota Kaki: White House yang disebutkan di atas terletak di Washington, Amerika Syarikat dan bukannya milik Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming yang terketak di Ipoh, Perak. Harap maklum.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :