Update Gambar Terkini Menara Pridential, 1MDB Dan Tabung Haji Akan Bangkrap! >> Berita Malay 18


Foto di atas menunjukkan Ibu Pejabat batu Prudential yang sedang giat dalam pembinaandi Tun Razak Exchange (TRX). Bangunan 27 tingkat ini dijangka siap pada tahun 2019.

Prudential, syarikat yang diasaskan di United Kingdom dan berpengkalan di Singapura akan menyertai Lend Lease Australia, HSBC, Affinbank Berhad, Kumpulan Mulia Indonesia dan WCT Berhad di dalam membangunkan TRX.

Melihat kepada penyewa dan pelabur di TRX, nampak gayanya Tabung Haji sebagai pelabur telah mendapat tawaran yang baik dan pastinya akan mengembalikan modal dan keuntungan yang besar.

Bangunan tertinggi di TRX adalah setinggi 106 tingkat yang sudahpun berada dalam 60-70% siap. Apabila dibuka pada tahun hadapan, bangunan berkenaan akan menjadi 492 meter lebih tinggi, lebih daripada 10% lebih tinggi daripada jumlah ketinggian KLCC iaitu 451.9 meter, dan jauh lebih tinggi daripada ketinggian tingkat atas KLCC yang berketinggian 378.6 meter.

Pembangkang menyalak mengatakan bahawa Tabung Haji telah ditipu oleh 1MDB dan akan mengalami kerugian yang besar. Namun, pembohongan mereka semakin hari semakin terserlah.

Subscribe to receive free email updates: