Kerajaan Barisan Nasional (BN) dijangka akan meningkatkan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika terus diberi mandat, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mendakwa, kepimpinan Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri akan menaikkan cukai itu sehingga 10 peratus.

“Jangan kata isu politik tiada kaitan dengan wanita. Apabila kita ke pasar, harga melonjak naik.
“Siapa yang harus dipersalahkan? Tentunya pimpinan politik dalam negara yang memutuskan memperkenalkan GST.
“Sekarang baru enam peratus. Tunggulah, bagi Najib menang lagi nanti naik sehingga 10 peratus,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Beliau berkata demikian pada Forum Wanita Penentu Masa Fepan Negara di Kampung Maju Jaya, Johor Bharu semalam.
Nurul Izzah berkata, GST diperkenalkan kerajaan yang dikatakan menurunkan harga barangan asas sama sekali meleset.
Katanya, kajian mendapati lapan daripada 12 barangan keperluan asas mengalami kenaikan harga.
“Antara agenda utama wanita dalam Pakatan Harapan (PAKATAN) adalah memperjuangkan isu GST dan peluang pekerjaan kepada graduan,” katanya.
Related Posts :
Update [Video Waytha, Kula akan jumpa Dr M selesai isu kuil] PM: Perusuh, dalang rusuhan kuil akan terima hukuman tegas. >> Berita Malay 18Selasa,27 November 2018
PM: Perusuh, dalang rusuhan kuil akan terima hukuman tegas
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaska… Read More...
Update Mufti Perlis Gesa TANGKAP Menteri, Moorthy cetus ketegangan (Serang bomba, perbuatan melampau) >> Berita Malay 18
Ta'if, ARAB SAUDI 27 Nov. - Perbuatan menyerang anggota unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Suba… Read More...
Update Timb IGP: Jumlah polis, FRU 'lebih 2 kali ganda' malam ini >> Berita Malay 18Timb IGP: Jumlah polis, FRU 'lebih 2 kali ganda' malam ini: Hanya mereka yang pergi ke kawasan kuil atas tujuan keagamaan akan dibenarkan ma… Read More...
Update [Video Awak cakap senang, tapi tak semudah begitu & Dia pergi sana untuk selamatkan nyawa tapi harini] 1,400 anggota FRU dan polis trafik akan berkawal di kuil malam ini & Pekerja syarikat pemaju antara 19 direman. >> Berita Malay 18Selasa, 27 November 2018
Otai BERSIH
Kepada pengguna Lebuhraya LDP dari Puchong menghala USJ/Hicom/Shah Alam, laluan berhampiran Kuil US… Read More...
Update [Video KP Bomba cerita detik-detik kecoh di hadapan kuil] Mangsa serangan perusuh kuil-Adib dalam keadaan kritikal & Mengapa perlu desak Waytha Morthy letak jawatan? Memegang Portfolio Perpaduan gagal 'performed'. >> Berita Malay 18Selasa, 27 November 2018
Otai BERSIH
Keadaan terkini Muhammad Adib Mohd Kassim, Anggota bomba yang menjadi mangsa serangan perusuh di tapa… Read More...