Apa signifikasinya isteri Pengerusia Pakatan Harapan, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengadakan perhimpunan di Sogo Ahad lepas dalam perhimpunan yang dinamakan Wanita Bantah Politik Toksik. Perhimpunan yang turut disertai oleh Pengerusi Pakatan Harapan sendiri, anaknya, Marina Mahathir serta cucunya ini turut disertai kumpulan Comango.
Semua tuntutan Comango ini dibawa bersama dalam bentuk plakad, poster dan kain rentang dalam demonstrasi itu. Perhimpunan Wanita Bantah Politik Toksik itu turut membawa sepanduk yang menulis perkara yang sokong perjuangan Comango seperti selera seks bebas, 'equality in marriage dan pelbagai lagi.
Yang peliknya apabila muslimah dari pertubuhan ABIM juga turut hadir memberi sokongan. Mereka tahu atau tidak apa itu Comango? Comango atau nama penuhnya, Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia. Comango ini menggesa kerajaan Malaysia untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Apa ada dalam ICCPR ini?
Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi "the rights of religious freedom" (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti. Tuntutan yang dibuat oleh penyokong kuat Pakatan Harapan, Dato Ambiga S dan Comango ini jelas sekali bertentangan dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, iaitu Islam adalah agama bagi Persekutuan.
Kemudian tuntutan berikutnya ialah menggesa kerajaan menandatangani juga International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia. Jelas sekali bertentangan dengan Perkara 153, Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.
Tuntutan Comango yang paling kontroversi adalah menggesa kerajaan untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Tuntutan ini turut merangkumi kepada menuntut amalan kebebasan orientasi seksual songsang dengan hukum alam, termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.
Adakah Pengerusi Pakatan Harapan dan isteri kini sekali lagi membuat 'u-turn' dan bersekongkol dengan geng-geng LGBT semata-mata untuk kuasa?
Bagi yang tidak mengenali, di bawah disertakan gambar-gambar cucu Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah.