Update Husam: Veteran PAS cegah kerjasama PAS, Umno >> Berita Malay 18

PAS didakwa memang berniat untuk bekerjasama dengan BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti namun gagal dilaksanakan apabila mendapat tentangan sebahagian pemimpin kanan parti itu, dakwa Datuk Husam Musa.
Bekas naib presiden PAS itu mendakwa turut tidak bersetuju dengan cadangan itu ialah beberapa bekas pemimpin kanan parti berkenaan, termasuk veteran parti dan bekas wartawan yang kini menjadi anggota badan penasihat PAS.
Kata Husam - kini menjadi naib presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) - pemimpin kanan yang dimaksudkannya itu menyuarakan bantahan mereka melalui surat kepada pemimpin tertinggi PAS dan ia dibincangkan semasa pemukiman parti itu yang di Pulau Pangkor, Perak awal bulan ini.
"Seorang pemimpin kanan PAS telah menulis surat kepada semua ahli Majlis Syura dan pimpinan pusat PAS termasuk presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), untuk menghalang PAS daripada bersama dengan BN.
"Setakat maklumat saya dalam retreat PAS di Pulau Pangkor, PAS tidak berani buat keputusan untuk bersama dengan BN," katanya ketika ditemui selepas program ziarah mangsa kebakaran di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, hari ini.
Dalam sidang media 6 Mei lalu, setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan pengguguran Datuk Mustafa Ali sebagai pengarah pilihan raya, dan pelantikannya sebagai penasihat parti itu.

Beliau dilantik sebagai pengerusi badan penasihat PAS yang turut dianggotai bekas naib presiden Dr Sanusi Daeng Mariok, bekas bendahari dan timbalan menteri besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan penulis veteran Subky Latif. Penubuhan badan penasihat itu dibuat dalam mesyuarat yangdipengerusikan timbalan presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang ketika itu memangku jawatan presiden kerana masalah kesihatan Abdul Hadi.
Pemukiman yang berlangsung pada 5 hingga 8 September lalu disertai semua pimpinan kanan PAS, seperti ahli Majlis Syura Ulama, anggota Jawatankuasa Pusat PAS dan badan penasihat bagi membincangkan pendekatan PAS pada PRU akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: