Ini kerana PAS sudah menjadi “sekutu” kepada BN, katanya yang juga ketua menteri Pulau Pinang.
“Walaupun dalam pertembungan tiga penjuru, ia jelas bahawa PAS bersama dengan Umno. Sebenarnya, ianya adalah pertembungan satu lawan satu antara BN dan sekutunya PAS dengan PH,” katanya kepada pemberita di Pulau Pinang.
Sebelum ini, terdapat kumpulan dalam PKR yang cuba mendekati PAS untuk berbincang bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru, terutamanya di negeri di bawah PKR Selangor, di mana PAS mewakili 13 kerusi.
PKR terbuka untuk berbincang dengan PAS, namun parti Islam itu tidak berminat dan dilihat semakin condong kepada Umno menyebabkan perpecahan dalam parti dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan parti PH yang lain.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilaporkan sering berhubung dengan presiden Umno yang juga Perdana Menteri Najib Razak – iaitu orang yang bertanggungjawab memutuskan sama ada untuk jadikan musuh tradisi kepada rakan.
Bagaimanapun PAS menafikan sebarang perbincangan dengan Umno, timbalan presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menyangkal dakwaan mereka mengadakan rundingan dengan Umno untuk merampas Selangor daripada PH dan mendakwanya sebagai “fitnah besar”.
Lim berkata PAS, yang akan bersendirian pada PRU14, tiada harapan untuk menubuhkan kerajaan pada kedua-dua peringkat negeri dan persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>