Suslan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang telah mengorbankan 23 nyawa pada Khamis lalu, pihak polis tidak menolak sebarang kemungkinan untuk turut mendakwa ibu bapa kesemua suspek yang terlibat.
Walau bagaimanapun menurut Ketua polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ketika ditemui memberitahu bahawa perkara itu hanya akan diputuskan oleh pejabat Peguam Negara.
"Saya tidak boleh komen sebab kes ini masih terlalu awal untuk disimpulkan. Kita melihat dari semua sudut. Apa yang saya boleh kata awak (wartawan) tunggu dan lihat kerana ketika ini keutamaan kita adalah melengkapkan kertas siasatan dan menghantar laporan tersebut kepada pihak berkaitan.
"Ia juga bergantung kepada cadangan kami kelak. Kita akan melakukan yang sewajar. Pada masa sama, perkara ini perlu dibincang dengan pejabat Peguam Negara.
"Pegawai kami juga bekerja keras untuk melengkapkan kertas siasatan dalam tempoh terdekat ini," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi (HLC) Mengenai Pasukan Petugas Khas Sekolah-sekolah Tahfiz yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya, hari ini.
Ketika diminta bagi mengulas lanjut mengenai tindakan yang bakal diambil terhadap ibu bapa ketujuh-tujuh suspek yang menyebabkan insiden kebakaran tersebut yang dianggap bagi memberikan pengajaran kepada orang ramai.
Ditanya sama ada ketujuh-tujuh suspek berkenaan akan terus didakwa atau disambung reman, Mohamad Fuzi berkata, ia bergantung kepada keperluan pihak polis.
"Ketika ini, laporan dari beberapa pihak termasuk Jabatan Kimia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta beberapa laporan lain yang perlu dilengkapkan dalam masa terdekat.
"Ini kerana kita perlu menghantar laporan kepada pihak berkenaan secepat mungkin," katanya.
Dalam kejadian Khamis lalu, 21 pelajar dan dua guru terkorban manakala tujuh cedera.- Harian Metro
Related Posts :
Update [Video Khalid: BN bekas k'jaan tak boleh ikut cara pembangkang dulu] PH terus mara ke depan & Pembangkang masih dengan 'Budaya Bangang Umno!' Mohd Haziq disahkan maut serangan di New Zealand - Exco. >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Dr M jawab pantun 'gurau' MP Kuala Krau] Janji PH Ditepati & Janji BN DICAPATI (Sayang semuanya sudah terlambat)! La ni baru nak tanya pasai kos ECRL, dulu jadi setan bisu...TERDUDUK KETUA PEMBANGKANG. >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video NOH OMAR Menghina Institusi YANG DIPERTUA DEWAN RAKYAT & Momokan DAP Anti Islam Disemai Di Parlimen] Dr Rozaimi: Seronok juga jadi Ustaz politik! Pas HIPOKRIT & Pelik tapi Benar? Umno parti Melayu, Pas parti Melayu, MCA parti Jawa? MIC parti Bugis? PARTI CINA hanya DAP aje, pasai tu la..UmnoPas cukup benci DAP. >> Berita Malay 18Khamis, 21 Mac 2019
Terbukti PAS Hipokrit
Tak Nak BN
Kami Viral
Masa Tun Mahathir jadi PM ke-4, aku sokong PAS... Dalam duk marah ke UMN… Read More...
Update [Video Bacaan Doa Shahmi Aiman Perhimpunan Solidariti Persatuan Penuntut University of Canterburry] Kepada Ahli Parlimen UMNO yang BIADAP: Paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih ba ngang! Biarkan walaun walauncai bergumbira, Kerajaan PH teruskan berbakti! >> Berita Malay 18Khamis, 21 Mac 2019
Video viral bacaan surah al-Baqarah serta terjemahan ketika acara penghormatan terakhir untuk mangsa serangan pengganas… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2019/03/update-video-lim-guan-eng-perli-satu.html">Update [Video LIM GUAN ENG PERLI "SATU DUNIA TAHU, Hanya Umno Sahaja Tak Tahu" (minit 10.35)] PH Perak terus prihatin! Nga gesa Noh Omar mohon maaf. >> Berita Malay 18Khamis, 21 Mac 2019
PH Perak terus prihatin!
Tak Nak BN
Nga gesa Noh Omar mohon maaf
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ng… Read More...