Update Ini Sebab @LimKitSiang Panggil Ketua Pesuruhjaya @SPRMMalaysia Monyet >> Berita Malay 18


Sekarang baru kita tahu kenapa Lim Kit Siang menjadi kurang ajar dan tudak beradab dengan mengelarkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dzulkifli Ahmad sebagai monyet. 

Lim Kit Siang beberapa hari lepas membidas Ketua Pesuruhjaya itu dengan mengatakan semua mata turut memerhatikan suruhanjaya tersebut dan sama ada Dzulkifli dapat memimpin badan anti rasuah yang bersih.

Lim Kit Siang dipetik sebagai berkata Dzulkifli harus menyedari bahawa jika beliau bertindak seperti monyet yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan ada mulut tetapi tidak berbicara mengenai skandal 1MDB, beliau akan menjadikan SPRM sebagai agensi anti rasuah kleptokratik pertama di dunia.

Rupa-rupanya Lim Kit Siang mahukan Ketua Pesuruhjaya SPRM berkenaan berada di bawah Jawatankuasa Parlimen diketuai oleh pembangkang, dengan alasan suruhanjaya itu akan telus dan terbuk. Bab ini ingin saya katakan bahawa cadangan Lim Kit Siang sebagai kepala bapak dia. Semua orang tahu siapa Ketua Pembangkang di Parlimen? Lim Kit Siang. 

Jadi, sekiranya SPRM diletakkan di bawah pembangkang yang diketuai oleh Lim Kit Siang, maka akan bermaharajalela rasuah di kalangan pembangkang. Bagaimana dengan dua kes rasuah anak Lim Kit Siang iaitu Lim Guan Eng. 

Pastinya Lim Kit Siang akan menggunakan pengaruhnya untuk memaksa SPRM menutup kes rasuah bukan setakat anak beliau malah keseluruhan kes rasuah pembangkang. Seperti kata Rafizi Ramli, Lim kit Siang ni bodoh, bodoh, bodoh.

Subscribe to receive free email updates: