Sejak beberapa hari lalu, kecoh di Facebook mengenai video yang mendakwa sebuah pasar raya besar di sekitar Shah Alam menjual daging ayam yang tidak disembelih.
Salah seorang pengguna yang merakam video tersebut menunjukkan keadaan ayam yang dibelinya yang didakwa ia tidak disembelih sebaliknya hanya ditarik kepalanya sehingga putus.
“Tidak ada kesan sembelih melainkan kepalanya ditarik,” katanya menerusi video tersebut.
Pada masa sama, pengguna itu turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak membeli daging ayam di pasar raya tersebut walaupun jenama tempatan itu ia mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.
Bagi menjelaskan situasi sebenar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan bahawa keadaan ayam yang digambarkan seperti tidak disembelih itu sebenarnya terkesan daripada hasil tindakan menarik kepala ayam (head puller).
Menurutnya, tindakan itu telah menyebabkan kulit leher ayam tertarik panjang dan menampakkan seperti tiada sembelihan dilakukan.
“Produk ayam jenama PTS tersebut adalah dari pusat sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.
”Pengguna tidak perlu gusar dengan tular tersebut dan dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam memilih produk yang berada di pasaran dan sentiasa mengutamakan premis yang bersih bagi memastikan ianya halalan toyyiban,” katanya.
Related Posts :
Update Nobita Pula Buat U-Turn, Ada Takut Ka Apek? >> Berita Malay 18
15 Januari 2019, Berita Harian memaparkan berita Setiausaha Agung DAP berjanji bahawa projek pembangunan telah dan akan dilaksanakan ji… Read More...
Update PENIPU DIBENCI? Khalid tidak dipedulikan, Najib dikerumuni >> Berita Malay 18
TIDAK KESAMPAIAN. Hajat Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad untuk mendapat perhatian tidak kesampaian apabila tidak dipedulikan oleh … Read More...
Update [Video Bila Najib akan minta maaf?'] Sekadar permohonan maaf Goldman Sachs tak cukup, kata Lim & G.Sach pohon maaf bukti bukan derma dari Raja Saudi...BOSSKU Hang tak malu ke? >> Berita Malay 18Jumaat, 18 Januari 2019
Goldman Sachs pohon maaf bukti bukan derma dari Raja Saudi....
Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs Inc, Da… Read More...
Update [Video Lebih 30 tangkal dan azimat 'pelaris' ditemui di restoran mamak! Yerkkk] 1MDB: Goldman Sach perlu bayar ganti rugi AS$7.5 bilion, kata Lim >> Berita Malay 18Jumaat, 18 Januari 2019
1MDB: Goldman Sach perlu bayar ganti rugi AS$7.5 bilion, kata Lim
Firma Kumpulan Goldman Sachs yang didakwa terpa… Read More...
Update [Video SEJAK BILA NAJIB JADI PENCACAI?] Hari ini saya turun (dengan kenderaan sendiri ya, Najib!) Saya boleh menerima kritikan tetapi saya tidak boleh menerima fitnah! >> Berita Malay 18Jumaat, 18 Januari 2019
Pakatan Harapan Supporters
Hari ini saya turun (dengan kenderaan sendiri ya!) membantu kempen calon PH di Sg… Read More...