Kuala Lumpur - Gesaan seorang pemimpin pembangkang agar Kabinet menolak jemputan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke White House adalah sesuatu yang sangat ganjil dan tidak wajar.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata pemimpin pembangkang seperti penasihat DAP, Lim Kit Siang seharusnya faham bahawa memenuhi jemputan seumpama itu adalah satu peranan besar bagi Malaysia dalam usaha menjalin hubungan diplomatik.
"Malah ia merupakan lawatan rasmi dan akan berupaya meningkatkan hubungan dua hala yang lebih komprehensif dan progresif," kata Irmohizam dalam satu kenyataan semalam.
Beliau mengulas tindakan Kit Siang yang menghantar surat terbuka kepada anggota Kabinet pada 28 Ogos lalu, menggesa mereka supaya membatalkan lawatan kerja Najib ke Washington dijadualkan 12 September ini.
Irmohizam yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor berkata, tindakan Kit Siang itu membuka aib sendiri bahawa mereka gagal memahami konsep mentadbir negara dengan baik.
"Jika beginilah cara mereka berfikir dan bertindak, maka negara Malaysia tidak akan dipandang tinggi dan dihormati oleh negara-negara maju yang lain," katanya.
Irmohizam berkata, tindakan pembangkang itu seolah-olah mahu menggagalkan lawatan tersebut kerana bimbang segala usaha mereka untuk memburuk-burukkan kepimpinan Najib akan gagal setelah pertemuan dua mata di antara Trump dan Najib.
Related Posts :
Update [Video PANTUN PENCURI! Mat Sabu kepada Pak Najib] Mat Sabu: Malu Apa Bossku & Malu Apa Lebaiku! Diharap Tun M PM ku Malaysia, tidak ditipu wajib patuh syariah oleh President Takiyah >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Syed Saddiq nyaris kena pelangkung penyokong BN] Terima kasih Unit Amal (PAS) datang membantu! Nak caci saya 'babi, bangsat, bodoh, hancing', itu hak saudara TETAPI kalau sampai nak guna serangan fizikal, that’s too much! Teruk sangat tu, pemuda2 amno la ni! >> Berita Malay 18Sabtu, 16 Februari 2019
Dari dulu sampai skrg mereka ni sama saja..
Tp nampak selepas jadi pembangkang ni makin teruk jadi pemuda2 amno tu … Read More...
Update [Video Syed Saddiq cerita detik 'diserang', dakwa Papagomo cekak leher] Exco Pemuda Umno Papagomo cekak leher Menteri Belia dan Sukan. >> Berita Malay 18Sabtu, 16 Februari 2019
KiniTV
Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Exco Pemuda Umno Papagomo dengan menggunakan l… Read More...
Update [Video Semenyih, PAS tak sokong BN sebab...PENGAKUAN BERTULIS HADI] Hadi janji PAS tak sokong Umno di Semenyih. >> Berita Malay 18Sabtu, 16 Februari 2019
PM: Hadi janji PAS tak sokong Umno di Semenyih
Beberapa jam selepas pemimpin kanan PAS hadir memberi sokongan kep… Read More...
Update Fitnah guna bomoh: Misha ambil tindakan >> Berita Malay 18Fitnah guna bomoh: Misha ambil tindakan: PENYANYI Misha Omar telah membuat satu laporan polis terhadap netizen yang telah memfitnah dirinya … Read More...