UMNO Selangor, seperti yang disebut oleh Noh Omar semalam, akan menggabungkan tenaga tiga bekas Menteri Besar dalam usaha merampas kembali negeri itu pada pilihanraya umum akan datang ini.
Tiga bekas Menteri Besar itu iaitu Muhammad Mohd Taib, Abu Hassan Omar dan Khir Toyo akan berganding bahu bersama Noh sendiri selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor bagi tujuan tersebut.
Kenapa UMNO Selangor masih menggunakan tenaga orang pencen untuk menawan semula Selangor?
Bukankah Najib Razak sebelum ini pernah menempelak Tun Mahathir Mohamad sebagai pemimpin pencen yang patut bersara dan tidak seharusnya campurtangan lagi dalam urusan negara?
Tidakkah lebih memalukan, berbanding Tun Mahathir yang melakukannya kerana kesedaran sendiri berikutan terlalu banyak kepincangan serta kerosakan dalam negara, tetapi sebaliknya UMNO Selangor yang membangkitkan ketiga-tiga pemimpin pencen itu untuk kembali aktif?
Adakah dengan ini bermakna pemimpin UMNO Selangor sedia ada, termasuk Jamal Md Yunus yang selalu tampil dengan gimik entah apa-apa, diakui sudah layu dan tidak berdaya lagi untuk merampas Selangor daripada genggaman Pakatan Harapan?
Kesiannya....
Read More / Baca Lagi >>