Kenyataan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi bahawa undi kepada Pakatan Harapan (PH) adalah undi kepada DAP membuktikan parti tersebut kini bermain sentimen kaum bagi meraih sokongan dan secara tidak langsung membantu Umno khususnya Datuk Seri Najib Razak bagi mengekalkan kuasa.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil menyifatkan kenyataan Khalil itu sebagai meleset kerana perjuangan PH adalah bagi menyelamatkan negara daripada pemerintahan kleptokrasi Najib Razak dan Umno yang banyak melakukan rasuah dan salah urus tadbir wang negara sehinggakan skandal-skandal korupsi berskala mega seperti 1MDB dan Felda mendapat perhatian antarabangsa.
Menurut Faiz, tawaran 100 hari pemerintahan PH seperti pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat skandal 1MDB, menstabilkan harga minyak serta tawaran-tawaran Pemuda PH dalam isu pendidikan, pekerjaan dan perumahan adalah objektif dan halatuju yang positif dan konkrit bagi membina semula negara dan membebaskan rakyat daripada kezaliman dan bebanan kos sara hidup.
"Ironinya, Pas hanya bergantung kepada sentimen perkauman dalam berhadapan Pilihan raya Umum Ke-14. Keengganan Pas untuk bersama PH bagi membentuk satu barisan bersatu (united front) adalah bukti kegagalan Pas untuk bersama-sama menyelamatkan negara.
"Membangkitkan isu campurtangan kuasa asing terhadap usaha PH menentang korupsi terutama skandal 1MDB adalah suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan naif tentang jenayah penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin utama negara. Pas dilihat lebih rela membiarkan kleptokrat terus berkuasa walaupun ianya bertentangan dengan syariat," bidas Faiz.
Faiz menambah, kenyataan Khalil bahawa "undi kepada PH adalah undi kepada DAP" adalah penekanan semula kenyataan Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno 2016 yang mengatakan bahawa 'ketuanan' PH adalah DAP.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [Video Najib: Enjoy Lah Sebelum Pindah Kediaman Ke Bamboo River Resort] Tak dibenarkan gantung gambar PM & TPM di pejabat negeri & persekutuan di Kelantan! Puak lebai haprak berhati busuk? Kes SRC Najib: Mahkamah sediakan 100 pas untuk media. >> Berita Malay 18Selasa, 2 April 2019
Revolusi Anak Muda Malaysia
Puak lebai haprak berhati busuk!
Kerajaan PH buat baik dengan Kerajaan Lebai Kelantan. … Read More...
Update SEBELUM PRU, 'BELUM CUBA BELUM TAHU'... HAMPIR SETAHUN TERBUKTI BN LEBIH BAIK - SAMSOL BARI >> Berita Malay 18
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali melihat konsep ‘belum cuba belum tahu’ yang dicanang oleh sesete… Read More...
Update KANAK-KANAK SAKIT JANTUNG PERLU BANTUAN RM60,000 UNTUK PEMBEDAHAN >> Berita Malay 18
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang menderita penyakit jantung, memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM60,000 bagi menam… Read More...
Update KANAK-KANAK SAKIT JANTUNG PERLU BANTUAN RM60,000 UNTUK PEMBEDAHAN >> Berita Malay 18
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang menderita penyakit jantung, memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM60,000 bagi menam… Read More...
Update Sejak Bila Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Ambil Alih Kuasa YDP Agung? >> Berita Malay 18
Setiausaha Politik Menteri baru ditangkap SPRM kerana rasuah jam tangan bernilai RM28,000 semalam. Menteri Pertanian Dan Industri Asas … Read More...