Gesaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin agar Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) memanggil sidang tergempar bagi membahaskan isu Rohingya amat aneh dan berbau hipokrasi, kata Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH berkata, beliau sebelum ini pernah membawa usul ke Parlimen membahaskan isu pembunuhan etnik Rohignya tetapi ditolak oleh Speaker Parlimen dan tidak disokongan dikalangan ahli Umno-BN dan Pas.
" Tidak seorang pun ahli Umno-BN atau Pas menyokong usul tersebut. Mereka semua berdiam diri. Hanya ahli Parlimen Pakatan Harapan sahaja berdiri mendesak usul tersebut di terima.
"Sekarang seolah ingin menjadi juara pula, Khairy minta PBB di New York panggil sidang khas sementara sidang biasa Parlimen Malaysia sendiri yang sedang bersidang dahulu tidak dibenarkan perbahasan.
"Apakah sandiwara serta hipokrasi untuk memainkan isu tragedi umat Rohingya yang sedang dibunuh beramai-ramai di PBB yang jauh di New York sementara di Dewan Parlimen Malaysia sendiri perbahasan ditolak.," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata,dunia tidak sepatutnya berdiam diri dan membiarkan pembunuhan etnik ini terus berlaku saban tahun dengan bantahan demi bantahan dilakukan tanpa sebarang penyelesaian muktamad.
Justeru beliau menggesa PBB perlu mengadakan satu sidang khas tergempar bagi mencari penyelesaian muktamad berhubung krisis kemanusiaan yang melanda etnik Rohingya di Myanmar.
Raja Bahrin yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, sewajarnya Khairy menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang ke Washington dijangka 12 September ini untuk bertemu Trump disaat Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat sedang menyiasat 1MDB serta MO1.
Sedangkan ujarnya lagi, Paderi besar Vatican Pope Francissedang merancang untuk ke Myanmar bagi menyelesaikan isu Rohingya. "Khairy patut menasihati bosnya sendiri untuk memperbetulkan keutamaan tanggungjawab serta prioritinya terhadap umat Islam yang sedang dibunuh beramai ramai di Negara jiran," ujarnya yang turut mempertikaikan tindakan sebuah NGO iaitu Global Movements of Moderates yang diasaskan oleh Najib sendiri apabila golongan ektremis kaum dan agama di Myanmar menjalankan pembersihan ethnik di negara jiran.
Tambahnya lagi,"kalau Ketua Negara Islam yang jauh seperti Presiden Erdogan dari Turki serta Pemimpin utama Iran sedang bersiap sedia menghantar bantuan rasmi kepada kaum Rohingya yang sedang di korbankan oleh junta Myanmar, Najib lagi berminat bersiap sedia melawat Trump seorang yang telah menunjukkan sikap perkauman dan anti Islam itu.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [Video Mat Sabu: Ada yang Cemburu melihat Saya Sekarang & Vateran Umno TEGUR UMNO Isu ICERD 'Serang DAP Itu Tak Matang'] Budak TADIKA pun tahu ICERD tidak akan diluluskan kerajaan! Black Maria siap siagalah kutip mereka² yang sengaja mencetuskan hasutan dan permusuhan kaum. >> Berita Malay 18Jumaat, 23 November 2018
BUDAK TADIKA PUN TAHU ICERD TIDAK AKAN DILULUSKAN KERAJAAN..
Umno dan Pas sekadar main politik murahan..
seja… Read More...
Update Icerd: Ummah nak berhimpun juga, KJ kata elok jangan >> Berita Malay 18Icerd: Ummah nak berhimpun juga, KJ kata elok jangan: Kata penganjur himpunan itu akan diadakan seperti dijadual bagi meraikan kejayaan raky… Read More...
Update [Video Anwar 'BIDAS' Isu ICERD, Perkauman ''Isu Duit Berbilion Tak Nampak!''] ICERD-KJ kata elok jangan, Ummah nak berhimpun juga untuk apa? Untuk penuhkan tin Milo je ke? >> Berita Malay 18Jumaat, 23 November 2018
Suara Rakyat
PM tolak ICERD !
TPM tolak ICERD !
PH tolak ICERD !
Presiden PKR tolak ICERD !
Amanah tolak ICERD !
… Read More...
Update [Video AI: Mencari penamat polemik ICERD] Bantah ICERD-Semuanya sudah dicetak. Dari saiz bayi sampailah ke saiz org tua, semua ada! BUNGKUSSS, Hanggus & Mamposss habislah modal melayang? Belum ada permohonan mahu mengadakan Himpunan Bantah ICERD pada 8 Disember? Pulak tu DATARAN MERDEKA DITUTUP, agaknya Umno & Pas 'ditinggal bas' kot. >> Berita Malay 18Jumaat, 23 November 2018
Otai BERSIH
MOHON TUN TARIK BALIK PENOLAKAN ICERD
Dari saiz bayi sampailah ke saiz org tua, semua ada. Berm… Read More...
Update [Video KJ-UMNO berada di alam barzakh politik] SIARAN SEGERA-Kenyataan Rasmi Kerajaan PH mengenai ICERD! Kepada Mangkuk hayun Walaun dan Macai Umngok sila baca dan hadam! Bantah ICERD Org bodoh jgn di layan.. >> Berita Malay 18Jumaat, 23 November 2018
Otai BERSIH
Kenyataan Rasmi Kerajaan Pakatan Harapan mengenai ICERD..Sebarkan..
Kepada Mangkuk hayun Walaun dan … Read More...