Seorang peserta rancangan televisyen yang dikenali sebagai Noor Syakirah Mohd Azam atau Kiera bakal dikenakan tindakan undang-undang kerana didakwa telah menyebarkan kenyataan palsu dan berunsur fitnah.
Kiera berusia 27 tahun merupakan salah seorang peserta Clever Girl Malaysia iaitu sebuah rancangan yang disiarkan di saluran TV3.
Menurut laporan mStar Online, TV3 telah pun mengeluarkan kenyataan pada Ahad lalu dengan mengatakan bahawa dakwaan melalui kenyataan asal bekas peserta rancangan tersebut adalah tidak benar sama sekali.
“Pihak TV3 sentiasa mengambil berat tentang integriti rancangan kami dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu dan berunsur fitnah,” kata kenyataan itu.
Kiera dikatakan telah membuat keputusan menarik diri pada Khamis lalu iaitu sehari sebelum siaran langsung rancangan berkenaan disiarkan.
Graduan Sains Kejuruteraan dari Universiti Oxford ini dalam kenyataan awalnya di laman sosial mendakwa, penarikan dirinya adalah disebabkan dia mendapati terdapat unsur-unsur berat sebelah dan soalan bocor dalam pertandingan itu.
Namun kenyataan itu ditarik balik tidak lama kemudian atas alasan dia mempunyai perjanjian dengan TV3 agar tidak memberi sebarang komen terhadap keputusan dibuat.
Netizen pula berpendapat, peserta dari Pulau Pinang ini sebenarnya sering gagal menjawab beberapa soalan diberikan.
Program Clever Girl Malaysia bersiaran secara langsung pada hari Jumaat, pukul 9 malam hingga 10 malam di TV3. - mStar Online
Related Posts :
Update Kenyataan Media Petugas Khas 1MDB: Kerjasama Dengan Singapura Bawa Pulang Sejumlah Wang >> Berita Malay 18
KENYATAAN MEDIA PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB
PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB MALAYSIA BEKERJASAMA DENGAN PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB SINGAPURA
Pad… Read More...
Update [Video Tak Pelik Bayar Hutang, Yang Pelik Buat Hutang Melampau] Tabung Harapan - 'Sultan Melaka' mula bersuara & Komen Dr Maza Buat Ramai Pembangkang (Pas/UmnoBN) Terus SENTAP. >> Berita Malay 18Khamis, 31 Mei 2018
Ambo (saya) pun suka tidak boleh perintah Malaysia lagi. Sebab hutang banyak, nak bayar macam mana - Mstar. … Read More...
Update [Video LIVE: Sidang media Menteri Kewangan Lim Guan Eng di MOF] Tabung Harapan Malaysia-Setakat 3.00pm, jumlah terkumpul RM7,075,508.79 & Belum sebulan hilang kuasa, KENAPA UMNO SUDAH JADI PAPA KEDANA? >> Berita Malay 18Khamis, 31 Mei 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 1 jam ·
Jika rakyat Malaysia rasa sayang & … Read More...
Update Pulau Pinang potong gaji Exco, salur kepada Tabung Harapan Malaysia >> Berita Malay 18
KON YEOW: Nilai yang dipotong itu akan disalur terus ke dalam Tabung Harapan Malaysia yang diperkenalkan di peringkat Kerajaan Pusat
… Read More...
Update Bila Lagi Lembaga Pengarah Khazanah mahu LETAK JAWATAN >> Berita Malay 18
Jika 9 Pengarah Khazanah Nasional ada maruah & harga diri, silalah letak jawatan sebelum Kerajaan mengambil tindakan memecat kesemua 9… Read More...