Putrajaya perlu menjelaskan aliran kewangan RM40 juta yang disalurkan kepada Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) bagi menguruskan projek Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, ia bagi mengelakkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat selepas langkah penutupan sementara KR1M dibuat.
“Apa sudah jadi dengan KR1M? Kerajaan buang duit terlalu banyak dan saya kira ini menyusahkan rakyat sebagai pembayar cukai.

“Bagaimana pula dengan barang (stok) yang disimpan? Tidakah ini akan menyebabkan banyak kerugian selepas operasi dihentikan?” katanya ketika dihubungi.
Memetik laporan MalaysiaKini, tinjauan portal itu mendapati beberapa cawangan KR1M sekitar Lembah Klang ditutup buat sementara waktu.
Difahamkan, penutupan itu ada kaitan dengan pengumuman kerajaan menamatkan kontrak pengendali KR1M, Mydin kerana menjual barang lebih mahal daripada harga pasaran.
Arahan itu dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Julai lalu, selepas kerajaan menerima banyak aduan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan harga dan barangan dijual di kedai berkenaa
Terdahulu, Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diperuntukkan untuk memberi subsidi kepada Mydin supaya dapat menubuhkan 85 kedai KR1M di Semenanjung Malaysia, purata setiap kedai RM471,000.
Bagaimanapun, Mydin dalam kenyataannya kepada FMT mendedahkan, syarikat itu mengalami kerugian besar mengendalikan projek cetusan Perdana Menteri itu.
KR1M dirasmikan pada Jun 2011 bertujuan mengurangkan beban rakyat, selain membantu memasarkan produk pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.
Related Posts :
Update Bung, wife arrested for alleged graft, abetment... >> Berita Malay 18
Kinabatangan MP Bung Moktar Radin and his wife, actress Zizie Izette A Samad, were arrested by the Malaysian Anti-Corruption Commission t… Read More...
Update Akhirnya Bung Mokhtar Dan Isteri Akan Didakwa Di Mahkamah >> Berita Malay 18
Anggota Parlimen Kinabatangan dan bekas pengerusi Felcra Berhad, Bung Moktar Radin dan isteri, Zizie Izette A Samad akan didakwa di Mahk… Read More...
Update KASIH AYAH orang kedua terkaya di Malaysia KEPADA ANAKNYA! SPRM tahan ahli parlimen BN, isteri di Sabah membantu siasatan kes rasuah yang berjumlah berjuta2 ringgit! MP Pasir Berdengung bila lagi? [Video >> Berita Malay 18Rabu, 1 Mei 2019
Otai BERSIH
KASIH AYAH KEPADA ANAKNYA...
Mungkin ramai yang tahu, dan mungkin ramai yang tidak. Pemilik Astro dan Maxis… Read More...
Update [Video UmnoBN PAS PENAKUT & Tahu di Sandakan TIADA PENYOKONGNYA] Laa apahal, Anak pandai bapak bangang? Hang pi marah. Lim Guan Eng buat apa? Siapa sangka, dia bukan keturunan temenggong atau berdarah diraja tetapi beliau mampu untuk berada di tahap digeruni dunia. >> Berita Malay 18Rabu, 1 Mei 2019
Dalam PRK Sandakan, Calon dari BN dan Pas tidak mengambil bahagian. Adakah kerana BN takut ataupun ada sebab tertentu?. Jo… Read More...
Update Felda DAH DIJAHANAMKAN UmnoBN, sekarang FELCRA pula? Inilah hadiah dari Najib Kleptokrasi untuk golongan penjawat awam sempena Hari Pekerja & Langkah2 SRC merompak dari KWAP! Pekerja Amanah Aspirasi Negara [Video ADAKAH ANDA ORANG YANG BUTA MATA DAN MATA HATI?] >> Berita Malay 18Rabu, 1 Mei 2019
Jom Channel
Beliau berkata sebarang usaha menyekat penguasaan DAP keatas politik umat Islam adalah wajib. "Jika ada yg ber… Read More...