Update LABEL MONYET, RAKYAT BOLEH NILAI ADAB KIT SIANG - DZULKIFLI >> Berita Malay 18




Ipoh: "Kita terbuka untuk terima kritikan tetapi jangan melampau dan biadap."

Demikian kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad berhubung kenyataan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, yang dilaporkan membuat perumpamaan Dzulkifli sebagai monyet.

Dzulkifli berkata, perkataan dan perumpamaan yang digunakan Kit Siang itu jelas menunjukkan adab yang diamalkan pemimpin itu dan rakyat boleh menilai kenyataan dan tindakannya itu.

"Inikah adab dan cara Lim Kit Siang dan adakah itu budaya Malaysia? Kita ada adab dan kita masyarakat Malaysia yang beradab dan perkataan yang digunakan Lim Kit Siang adalah perkataan yang tak bertamadun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Kembara Jelajah Anti Rasuah (KEJAR '17) Sempena Ulangtahun Penubuhan BPR/SPRM ke-50 dan Majlis Perasmian Mural Pencegahan Rasuah SPRM Perak di Bangunan SPRM Perak di sini semalam.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.


Subscribe to receive free email updates: