KUALA LUMPUR, 10 SEPT: Bandar raya Kuala Lumpur hari ini dikejutkan kelantangan suara kira-kira lebih 5,000 wanita berpakaian serba purple dalam Himpunan Wanita Bantah Politik Toksik.
Perhimpunan aman anjuran pelbagai Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) itu bermula kira-kira jam 5.00 petang di hadapan bangunan Maju Junction, Jalan Tunku Abdul Rahman.

Perhimpunan yang dipimpin isteri bekas Perdana Menteri ke-4, Tun Dr Siti Hasmah Ali itu dimulakan dengan ucapan beberapa pemimpin NGO terlibat.
Ketika menyampaikan ucapan, Siti Hasmah, berkata, perhimpunan itu diadakan bagi menolak golongan yang mengamalkan politik keganasan, rasuah dan tidak bertanggungjawab.
“Kita lihat wanita dijadikan sasaran dengan dibunuh dalam peperangan, gangguan seksual dan lain-lain.
“Ini terjadi kerana amalan politik toksik dan perlu dihentikan sebelum toksik ini masuk ke dalam darah kita dengan mengadakan perhimpunan aman. Wanita memang cintakan keamanan,” katanya.
Sebaik Siti Hasmah selesai menyampaikan ucapan, perhimpunan itu mula berarak menuju ke Sogo.
Selain pemimpin beberapa NGO, turut hadir Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; isteri Dato’ Menteri Besar Selangor, Shamsida Taharin; Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh; Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Kesihatan, Dr Daroyah Alwi; Ahli Dewan Negeri (ADN)Batu Tiga, Rodziah Ismail dan ADN Rawang, Gan Pei Nei.
Turut kelihatan pada perhimpunan itu Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan ramai lagi.
Selain pemimpin wanita, himpunan itu turut dihadiri Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Tian Chua sebagai tanda sokongan kepada gerakan terbabit.
Related Posts :
Update Perhimpunan Perpaduan Ummah Di PWTC Antara UMNO Dan PAS >> Berita Malay 18
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan tiba di PWTC bagi menghadiri Mesyua… Read More...
Update Guru takut cuti bersalin kerana tiada pengganti? >> Berita Malay 18
Imej via Google Images
PETALING JAYA: Pemuda PPBM menggesa Kementerian Pendidikan menyelesaikan isu kekurangan guru ganti di seset… Read More...
Update [Video Dana RM90 juta: Tiga, termasuk bos KTMB ke SPRM] Hangpa memang kaki U-turn..Tarik balik lepas tu deal dlm kelambu bayaq berjuta2. >> Berita Malay 18Selasa, 5 Mac 2019
Kalu ambik tindakan undang2 pun, hangpa memang kaki U-turn.Tarik balik lepas tu deal dlm kelambu bayaq berjuta2. Walaun… Read More...
Update [Video Bersatu tak panik kalah di Semenyih] Dulu bila Umno hilang Selangor pulunlah nak rampas kembali, katanya 5 tahun lagi, lagi..lagiiiiiiii. Glup! >> Berita Malay 18Selasa, 5 Mac 2019
Kalau dua2 merajuk, ana kawin tiga...
Kelab Che Det
Dulu bila hilang Selangor, pimpinan Umno rangka … Read More...
Update Pahang guna puisi bantu murid pra sekolah kuasai Bahasa Inggeris >> Berita Malay 18
Imej via Bernama
KUANTAN: Modul bahasa Inggeris “Let’s Rhyme” akan mula digunakan secara berperingkat di 19 buah pra sekolah di se… Read More...