Update Lelaki Tunjuk Isyarat Lucah Selepas Langgar Bumper Kereta Seorang Wanita. >> Berita Malay 18

Shah Alam- Seorang lelaki bertindak tidak senonoh dan kurang sopan dengan menunjukkan isyarat lucah selepas melanggar bumper kereta seorang wanita.

Menurut daripada kenyataan yang dimuat naik di media sosial oleh Joanne Chew, kejadian tersebut berlaku di Restoran Al-Safa, Seksyen 17pada hari Rabu yang lalu kira-kira pukul 10.40 malam.

Menurut Joanne, sewaktu rakannya meletakkan kereta ditempat letak kereta secara tiba-tiba datang sebuah kereta yang baru sahaja memasuki simpang yang telah melanggar bumper keretanya di bahagian hadapan.

Dikatakan bahawa lelaki yang memandu kereta sehingga terlanggar kereta kawan saya itu bukan sahaja tidak meminta maaf malah telah melarikan diri.

"Walaupun terkejut dengan situasi tersebut namun rakan saya tetap bertindak mengejar lelaki berkenaan sehinggalah lelaki tersebut berhenti di Restoran Al-Safa untuk makan roti canai," terang Joanne.

Menurut Joanne, rakannya itu yang cuba berbicara dengan lelaki tersebut tetapi apa yang terjadi di luar jangkaan apabila lelaki tersebut bukan sahaja memarahi rakan saya itu malah dia turut menafikan kesalahannya itu walaupun secara terang dan terdapat bukti yang menunjukkan kesalahannya itu.

Tanpa rasa malu lelaki tersebut bukan sahaja tidak mahu meminta maaf atas kesalahnnya itu malah turut memarahi serta menunjukkan isyarat jari tengah terhadap rakan saya yang cuba memberitahu mengenainya yang bersalah kerana telah melanggar bumper kereta miliknya.

Mentang-mentanglah rakan saya itu wanita dan sewenang-wenangnya dia nak buli, inilah sikap pembuli jalanan sepertinya itu yang menganggap wanita senang dibuli tapi kami percaya bahawa hukum karma pasti ada dan dia akan terima balasannya itu juga suatu hari nanti.






Subscribe to receive free email updates: