SHAH ALAM: Kontroversi isu pernikahan usahawan kosmetik, Joy Revfa dengan bekas sah mengikut syarak.
Menurut laporan Berita Harian Online, Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini, mengesahkan pernikahan usahawan kosmetik, Joy Revfa dengan suami terdahulunya, sah mengikut syarak.
Hakim Syarie, Salehan Yatim memutuskan pernikahan Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, 30, dan Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand, empat tahun lalu adalah sah mengikut hukum syarak.
Beliau membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua dokumen, keterangan lisan dan hujahan bertulis yang dikemukakan kedua-dua pihak kepada mahkamah.
"Mahkamah berpuas hati dengan keterangan plaintif dan responden, saksi-saksi, dokumen-dokumen yang diserahkan selain pernikahan itu menggunakan wali hakim dan saksi.
"Mahkamah mensabitkan bahawa pernikahan kamu berdua pada 10 Januari 2013 di Majlis Agama Islam Wilayah Songkla, Thailand adalah sah mengikut hukum syarak," katanya ketika membacakan penghakiman, di sini.
Joy Revfa diwakili peguam syarie Aznor Suhaida Dollah manakala Mohd Rayus, 46, atau lebih dikenali dengan nama Datuk Ray Imran hadir tanpa peguam.
Pada 23 Ogos lalu, Joy Revfa memfailkan permohonan pengesahan pernikahan antara beliau dan bekas suaminya itu.
Pasangan berkenaan dikurniakan seorang anak lelaki berusia tiga tahun, Muhammad Arryan Firdaus.
Terdahulu dalam prosiding semalam, saksi yang juga adik Joy Revfa, Mohd Zarif, 26, memberitahu mahkamah, beliau mengetahui mengenai pernikahan kakaknya itu tetapi tidak dapat hadir berikutan mempunyai urusan kerja.
Sementara itu, Aznor Suhaida ketika ditemui di luar mahkamah, berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan pengesahan penceraian antara Joy Revfa dengan Mohd Rayus di Mahkamah Syariah di sini, dalam masa terdekat.
"Hari ini mahkamah mengesahkan pernikahan anak guam saya dengan bekas suaminya adalah sah dan langkah seterusnya adalah untuk memfailkan pengesahan penceraian mereka dalam masa terdekat," katanya. - Berita Harian Online
Related Posts :
Update MANIFESTO BN PRU-14: HEBATKAN MALAYSIA, LEBIH ADIL, LEBIH MENYELURUH >> Berita Malay 18
LIHAT MANIFESTO DISINI
Kuala Lumpur - Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjanjikan progra… Read More...
Update [Video Tumbangkan BN & Naikkan kerajaan yang tak makan duit, tidak rasuah dan menghapuskan GST] BACK TO ZERO Mulai jam 12.01 tgh malam ini, kawasan anda sudah tiada lagi insan bergelar YB. >> Berita Malay 18Ahad, 8 April 2018
Rafizi Ramli
Suka Halaman Ini · 3 jam ·
Tahun 2013, Perdana Menteri dalam Manife… Read More...
Update Bolehkah Dr.M guna logo PKR tanpa menyertainya... >> Berita Malay 18
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mengumumkan bahawa gabungan itu akan menggunakan simbol "mata" PKR sebagai l… Read More...
Update [Video BERSATU haram: Piirraah! kata Mahathir, Dr M kepada SPR: 'Poodah!' & Dr M mahu pamer gambar ketua ROS, SPR dalam akhbar seluruh dunia] Satu hati, Satu harapan & Satu simbul. >> Berita Malay 18Sabtu, 7 April 2018
… Read More...
Update MANIFESTO BN PRU-14: HEBATKAN MALAYSIA, LEBIH ADIL, LEBIH MENYELURUH >> Berita Malay 18
LIHAT MANIFESTO DISINI
Kuala Lumpur - Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjanjikan progra… Read More...