Update Masa Mesyuarat Sudah Jadi Isu, Sekarang Warna Tali Leher, Selepas Ini Mungkin Warna Seluar Dalam Presiden Amerika Syarikat Pula >> Berita Malay 18


Ada saja perkara kecil yang hendak ditimbulkan oleh pembenci DS Najib Tun Razak (baca macai Parti Cap Bunga) mengenai lawatan Perdana Menteri ke White House, Washington. Kalau sebelum ini Rafizi Ramli mempertikaikan masa mesyuarat di atara delegasi Malaysia dan Amerika Syarikat, sekarang ada pula macai yang mempertikaikan tali leher yang dipakai oleh Presiden Donald J Trump.

Kononnya, Presiden Donald J Trump tidak memakai tali leher berwarna merah untuk menunjukkan kesungguhan beliau bertemu DS Najib. Dalam erti kata lain perjumpaan Presiden Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Malaysia "perjumpaan santai, yang tidak begitu penting, yang bukan priority dan yang acah-acah friendly" (mengikut tafsiran macai).

Pertama, saya seorang peminat buku-buku Donald J Trump dan saya memiliki hampir kesemua koleksi tulisan beliau sebelum beliau menjadi Presiden. Belum terjumpa isu tali leher yang diperkatakan oleh macai di atas. Malah dalam buku 'The Art Of The Deal' tidak ada disentuh mengenai tali leher merah. Minta macai berkenaan betulkan saya kalau saya salah atau terlepas pandang.

Kedua, di bawah saya sertakan contoh pertemuan di antara pemimpin-pemimpin dunia dengan Presiden Donald J Trump. Antaranya King Salman, Raja Arab Saudi, Justin Trudeau, Perdana Menteri Canada dan Vladimir Putin, Presiden Russia. Saya tidak rasa warna tali leher yang dipakai Presiden Donald J Trump berwarna merah. Betulkan saya juga kalau saya salah. 

Mungkin perjumpaan dengan ketiga-tiga pemimpin dunia ini hanyalah "perjumpaan santai, yang tidak begitu penting, yang bukan priority dan yang acah-acah friendly" (mengikut tafsiran macai). Mungkin selepas ini pembenci DS Najib Tun Razak akan mula memperkatakan mengenai seluar dalam Presiden Donald J Trump pula?



Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :