Update MCA Hadapi PRU Ke 14 Dengan 50 Peratus Muka Baharu >> Berita Malay 18


Presiden MCA DS Liow Tiong Lai berkata lebih 50 peratus calon MCA di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 terdiri daripada muka baharu. MCA kata DS Liow  telah pun mengemukakan senarai penuh calon kepada Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri DS Najib Tun Razak untuk pertimbangan dan dimuktamadkan. MCA berpuas hati dengan muka baharu, calon MCA kata beliau bekerja keras di lapangan. Menurut DS Liow lagi, momentum dan rasa yakin itu ada, masyarakat gembira dengan perkhidmatan yang disediakan oleh calon yang diketengahkan oleh MCA.

Dalam pada itu, DS Liow mengesa masyarakat di Kuala Lumpur kembali memberi sokongan kepada MCA, dan Barisan Nasional (BN) dalam PRU yang akan datang, kerana hanya gagasan itu yang mampu meneruskan kesinambungan pembangunan negara. DS Liow, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata jika sokongan terus diberikan kepada Pakatan Harapan, terutamanya DAP, ia hanya akan merugikan negara kerana pakatan pembangkang itu lebih cenderung untuk menyekat pembangunan negara serta membelakangkan kepentingan rakyat.

Hari ini kita dapat lihat pembangkang menggunakan pelbagai isu, memanipulasi isu, sehinggakan pelaburan China ke negara ini juga dipersoalkan. Kerajaan Pusat bersusah payah mewujudkan bilateral dan hubungan diplomatik yang baik dengan KLerajaan China, tapi pembangkang persoalkan pelaburan negara asing, dan telah mengumumkan akan batalkan projek High Speed Rail sekiranya mereka memerintah negara dan sebagainya. 

Ironinya, lawatan Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali ke China baru-baru ini juga jelas adalah suatu lagi tindakan hipokrit oleh pihak pembangkang yang selama ini menyatakan segala usaha pelaburan yang dibuat Kerajaan Persekutuan sebagai sesuatu yang tidak memberi keuntungan kepada negara. Harus diingatkan di sini, keberadaan DS Azmin Ali di negara China tidak mungkin akan berlaku jika tiadanya usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan.

DS Liow, berkata selepas merasmikan Konvesyen Tahunan MCA Wilayah Persekutuan, pembangkang jelas berniat untuk membalas dendam, pentingkan nafsu peribadi, bukan atas kepentingan rakyat. Sebab itu DS Liow menegaskan penduduk di Kuala Lumpur perlu sokong BN dan MCA kerana Kuala Lumpur akan jadi Greater KL yang akan menjadi pemangkin ekonomi negara, membawa pembangunan pesat, bukan sahaja kepada Kuala Lumpur, tetapi juga kepada seluruh negara.

Subscribe to receive free email updates: