Update MELAYU & SKIM CEPAT KAYA BERPISAH TIADA >> Berita Malay 18


MELAYU & SKIM CEPAT KAYA BERPISAH TIADA
.
Muttakhir ini kecoh dengan pelbagai isu penipuan yang tidak masuk akal oleh sindiket tertentu. Semuanya atas sebab kelemahan siyasah dan tingginya 'cita-cita' untuk jadi kaya atau 'mendapatkan sesuatu' tanpa berusaha pada minda orang Melayu kita.

Akhirnya nafsu telah mengatasi akal. Pergi ke kampung-kampung habis emas orang Melayu dikaut oleh jin-jin scammer emas. Kerugian RM60-100K dari sebuah keluarga sudah jadi mainan saja.

Di bandar ramai Melayu yang terjerat Ah Long dan bermacam-macam sindiket penipuan yang menjaja 'projek' hartanah, pajak kereta, black money, pelaburan emas dan sebagainya.

Penipuan melalui pekej umrah dan haji juga terlalu banyak terjadi. Nama syarikat berlesen dijaja. Umpannya hanyalah tawaran harga yang tersangat murah atau tawaran kuota haji pekej segera.

Ramai mangsa, khususnya golongan janda yang mengadu kepada RPWP telah tertipu dengan pelbagai sindiket black money. Peliknya ada mangsa yang educated, bukan semuanya orang tidak sekolah.

Ada juga dari kalangan peniaga bijak pandai yang masih boleh tertipu dengan warga Afrika Selatan ini. Seolah-olah mereka ini tidak baca berita atau duduk dalam gua kerana sindiket penipuan sebegini sudah diketahui zaman berzaman.

Yang perempuan diumpan dengan ayat-ayat cinta. Seorang ibu tunggal mengadu serahkan RM60 ribu wang simpanannya tanpa merujuk kepada anak-anak dan kaum keluarga. Dengan bahagianya dia berkata akan berkahwin dengan lelaki Nigeria yang tinggal di England. Setelah wang dapat, lelaki itu pun lesap. Polis hanya boleh geleng kepala menerima laporannya.

Seorang peniaga yang sedang 'tenat perniagaannya' pernah kami halang agar jangan masukkan wang tunai RM80 ribu yang diminta oleh seorang scammer rakyat Nigeria melalui ATM. Kami katakan ini adalah sindiket yang amat licik. Kononnya itu sebagai fee untuk membawa masuk wang dari luar negara.

Nasihat kami tidak dihiraukan. Kononnya lelaki itu rakan belajar seorang ustaz sahabat sekampungnya. Bila kami tanya ustaz itu banyak perkara yang dia sendiri tidak tahu tentang lelaki Nigeria itu. Malang sekali di belakang kami mereka teruskan juga 'sedekah' itu. Sebaik sahaja wang dimasukkan, lelaki itu pun tutup talian.

Cawangan jenayah perdagangan PDRM meluahkan rasa kesal dengan kebodohan sikap orang Melayu sehingga terlalu ramai yang dilaporkan tertipu.

Antara kes besar ialah melibatkan kerugian RM3.3 juta oleh sepasang rakan kongsi berusia 40an tahun di Shah Alam. Dengan modal itu mereka dijanjikan keuntungan RM30 juta lalu jadi gelap mata.

Semua itu berlaku kerana malasnya berfikir ditambah dengan tingginya nafsu orang Melayu.

Hari ini PPIM dilihat sangat sibuk membela nasib mangsa yang kononnya tertipu. Terkini malah telah berlaku kekasaran sampai ada yang berkicap.

Keberanian dan ketelusan Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi dan rakan-rakannya amat kita puji. Beliau meletakkan diri dan keluarga dalam bahaya demi untuk menolong orang Melayu yang 'teraniaya'.

Malang sekali yang PPIM rawat hanyalah buah busuknya (hasil dari pokok kebodohan orang Melayu itu sendiri). Penyakit asal masih bersarang dalam pokok minda orang Melayu kita. Ia tetap akan berulang lagi dan lagi selagi minda serakah dan nafsu jahiliyah itu tidak di basmi.

Sesungguhnya TIDAK ISLAM orang yang tidak islah, orang yang boleh dipatuk ular dua kali di lubang yang sama.
.
WARGA PRIHATIN
**********************
Nukilan saudara Hafiz Mansor ini nampak sarkastik namun ia sarat dengan pelajaran yang tersirat. Sama-samalah kita hayati,
.
**********************
.
Dah lama dah aku tgk dan kaji untuk menjadi jutawan bawah 6 bulan di Malaysia.

Untuk kau jadi jutawan bawah 6 bulan kat malaysia ni, kau hanya perlu pergi belajar ilmu scammer. Kau scam je orang sebab orang malaysia ni baik hati dan sentiasa memaafkan.

Bila kau dah scam berjuta, kau jangan lari. Kau salahkan itu ini supaya nampak tak bersalah. Orang malaysia bila tgk kau lari menghilang baru dia kata bersalah.

Kau pos je murni2, bab agama, tunjuk gambar kau pergi masjid, tunjuk gambar kau bersedekah, tunjuk gambar kau kat rumah anak yatim, tunjuk gambar kau repair rumah jiran yang dah nk roboh dijilat anai-anai.

Orang malaysia yang buta kayu selalu kena scam ni mula berlembut hati dan sangka kau dah berubah. Kau jangan risau, dia jenis buta kayu. Sentiasa bagi peluang. Diorg ni dah la gaji cukup2, tapi sanggup diperbodohkan lagi.

Lepas tu kau scam lagi cara lain pulak. Janjikan pulangan lumayan. Jangan takut sebab diorang buta kayu. Diorang sentiasa bersangka baik dengan harapan kau dah berubah menjadi lebih baik.

Kemudian kena scam lagi geng2 buta kayu ni. Meroyan2 kat fb maki hamun share dan viral. Kau jangan lari. Ulang step yang sama mcm kat atas. Nnti diorang lembut hati dan pos yang baik2 dan bagi kemaafan. Diorang akan puji walaupun sakit hati.

[Gunakan asas-asas yang berbeza-beza dengan kaedah scam yang sama, ciptalah EMAS HIBAH, EMAS ETA, POGRAM LIBATKAN BITCOIN, CYRPTOCURRENCY, DIGITAL CURRENCY, KOPERASI, UMRAH, MADU KELULUT, POKOK GAHARU, atau apa2 saja. Lagi diorang susah faham lagi bagus macam Bitcoin]

Kau buat duit berjuta2, yang si buta kayu taksub dengan kau ni hidup terus dalam berhutang. Padan muka. Jadi, marilah kita menjadi scammer. Usah kau peduli halal haram bila nak jadi scammer. Kau scam saja orang malaysia buta kayu ni. Orang bodoh wajib kau scam.

....................
Jangan salahkan orang scam tu sbb kerja dia mmg nak perbodohkan kau. Tapi kau tu yg bengap belon sebab baik sangka tak kena tempat smpai berkali2 kena scam org yg sama. Ada akal kau simpan buat apa? Buat jeruk pak ali ke?
- Hafiz Mansor

Subscribe to receive free email updates: