Update Memang Benar, Janji Atasi Banjir Sepenggal Oleh @cmlimguaneng Bukan Di Penang, Tapi Di Pahang >> Berita Malay 18


Apabila teruk dikritik dengan banjir kilat yang tidak sudah-sudah berlaku di Pulau Pinang, Ketua Menterinya, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan menyelesaikan masalah banjir di negeri itu dalam masa sepenggal.

Betul. Apa yang sebenarnya berlaku adalah Setiausaha Agong DAP ketika berlangsung Konvensyen DAP Ke 17 Selangor, beberapa bulan selepas PRU ke 13 berjanji akan menyelesaikan banjir di Pahang sekiranya DAP menang di negeri itu dan Putrajaya. Kata Joseph Lim Guan Eng,
We promise. If we win in Pahang and if we win in Putrajaya, give us one term and the floods in Pahang will be resolved.
Persoalannnya dengan peruntukan yang banyak diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dan Rejim Pulau Pinang sendiri lebih dari mampu untuk mengadakan usaha mengawal banjir, negeri itu tidak mampu untuk menyelesaikan masalah banjir. 

Kos RM305 juta untuk laporan Terowong Dasar Laut boleh disediakan, kenapa beri alasan untuk projek tembatan banjir yang jauh lebih murah? Ada hati pula Joseph Lim Guan Eng hendak menyelsaikan masalah banjir di Pahang.



Kedua, ADUN Pulau Pinang, Ng Wai Aik pernah membentangkan banner bersama penduduk JKKK Taman Trafik yang berbunyi "40 years' flood solved in 9 months'. Itu hanya 9 bulan. Tidak sampaipun satu penggal.



Ketiga, di dalam satu ceramah, Joseph Lim Guan Eng berkata banjir kilat berlaku kerana wujudnya rasuah. Sejak 2015, 23 banjir kilat telah direkodkan di Pulau Pinang. Adakah ini bermakna rasuah berlaku secara berleluasa di Pulau Pinang sejak 2015?

Subscribe to receive free email updates: