KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Mustahil untuk PAS merampas pentadbiran kerajaan negeri Selangor daripada Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Malah, menurut Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, PAS juga perlu melupakan angan-angan untuk mentadbir kembali Kelantan dan merampas Terengganu, Pahang serta Kedah.

Ini kerana, PAS yang kini bersendirian, katanya, memenangi banyak kerusi dalam tiga PRU terdahulu disebabkan oleh kerjasama yang terjalin antara PKR dan DAP.
“Jika disemak semula sejarah pilihan raya PAS di Selangor sejak PRU 1959, kita akan dapati PAS mencapai keputusan yang terbaik sewaktu bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam PRU 1999, 2008 dan 2013.
“Ketika itu PAS memenangi empat, lapan dan 15 belas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dalam setiap PRU terbabit.
“Namun, dalam sembilan PRU daripada 1959 hingga 2004, PAS di Selangor tidak memenangi sebarang kerusi pun,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.
Justeru, katanya, adalah mustahil untuk PAS menawan kelima-lima negeri berkenaan seperti yang diyakini presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Tiada sebarang kemungkinan PAS menangi Terengganu, Kedah, Pahang dan Selangor walaupun pertanyaan masih terbuka sama ada PAS akan hilang kuasa di Kelantan yang telah dimenanginya dalam enam PRU berturut-turut sejak 1999,” katanya.
Bagaimanapun, kata Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, HARAPAN Selangor tetap perlu bersedia bagi menghadapi pertandingan tiga penjuru yang melibatkan PAS.
“Ini mungkin kedengaran tidak masuk akal, tetapi, empat parti komponen HARAPAN di Selangor perlu bersiap sedia dan bertahan untuk memenangi setiap kerusi yang berpotensi untuk menang di Selangor supaya negeri itu ditadbir 100 peratus oleh HARAPAN selepas PRU-14,” ujarnya.
Related Posts :
Update Salleh Keruak, Pandikar antara yang tinggalkan Umno >> Berita Malay 18Salleh Keruak, Pandikar antara yang tinggalkan Umno: Mereka adalah antara pemimpin Sabah yang meninggalkan Umno secara beramai-ramai pada pe… Read More...
Update [Video Tun M: Saya Banyak Peluang Hancurkan Umno] 812 iCERD Najib dan Zahid kata rakyat dah bangkit tolak PH..Tup tup 17 wakil rakyat UMNO Sabah keluar UmnoBN sokong Tun M. Kah3. >> Berita Malay 18Rabu, 13 Disember 2018
Kahkahkah!
Otai BERSIH
8 Dis 2018, pada perhimpunan icerd, Najib dan Zahid menyatakan rakyat dah bangkit bersuara.… Read More...
Update [Video Sup, sup! Tergamak anda cabar saya letak jawatan, kata Pandikar] Hidup Sabah! Pandikar Amin Mulia & Salleh Said Keruak pun keluar Umno...Tinggallah Bung Moktar sorang2. Kah3. >> Berita Malay 18Rabu, 12 Disember 2018
Salleh Keruak, Pandikar antara yang tinggalkan Umno
Bekas menteri komunikasi dan multimedia Salleh Said Keruak a… Read More...
Update Berbanggakah TERIMA Pemimpin UMNO pemakan rasuah masuk PH? >> Berita Malay 18
KOTA KINABALU: Hari ini Umno Sabah menyaksikan kepimpinannya bertindak keluar parti beramai-ramai apabila sembilan daripada 1… Read More...
Update [Video Tony Pua: Arul Kanda Merupakan CEO Paling Bodoh Di Malaysia?] Kena Lebai PAS setepek! Hahaha & Najib dan Arul kena 2 tepek petuduhan (berhubung pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB) Kahkahkah. >> Berita Malay 18Rabu, 12 Disember 2018
Kena Lebai PAS setepek! Hahaha
Otai BERSIH
Anwar Shah berangan anti cina..padahal hari2 makan pakai semua bara… Read More...