Kata Muhyiddin, sementara beliau menghormati keputusan Anina dan bekas naib presiden PPBM Datuk Hamidah Osman, bekas ketua sayap Wanita itu tidak mempunyai kedudukan sah untuk berdebat dengannya kerana sudah tidak lagi menjadi ahli.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, sementara beliau menghormati keputusan Anina dan bekas naib presiden PPBM Datuk Hamidah Osman, bekas ketua sayap Wanita itu tidak mempunyai kedudukan sah untuk berdebat dengannya kerana sudah tidak lagi menjadi ahli.
“Tak payah. Dia tidak lagi mempunyai locus standi,” katanya.
Muhyiddin, juga timbalan presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, walaupun peletakan jawatan 2 tokoh itu menjadi cabaran bagi PPBM, beliau tidak terkejut dengan keadaan itu.
Beliau menambah, mereka mempunyai hak untuk membuat pilihan sedemikian dan tidak diberi tekanan untuk meninggalkan parti.
“Mereka memutuskan sendiri. Mereka tidak dipaksa untuk berbuat demikian dan mereka tidak dipecat,” kata beliau kepada pemberita pada 1 forum di Sri Rampai di sini malam tadi.
Beliau berkata PPBM, yang ditubuhkan pada September tahun lepas akan meneruskan perjuangan parti.
Beliau juga mendakwa “sesetengah orang” tidak memahami makna sebenar perjuangan PPBM.
Semalam, Anina berkata beliau keluar parti kerana terlalu kecewa dengan pucuk pimpinan PPBM.
Ini termasuk cara “kejam” beliau dipecat daripada jawatan ketua Wanita PPBM, kemudian digugurkan sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dengan “menendangnya” daripada kumpulan WhatsApp Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, selain tidak mendapat jemputan rasmi ke sambutan ulang tahun pertama parti itu.
“PPBM tidak lagi mendokong prinsip keadilan, ketelusan dan integriti dalam pentadbiran parti. Fitnah menjadi asas membuat keputusan dan secara tidak langsung dihalalkan untuk kepentingan politik yang kononnya untuk kebaikan rakyat.
“Parti ini sedang ditadbir dengan buruk, namun berselindung di sebalik nama negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Jika bersuara lantang, maka hukuman bunuh ke atasnya akan dilakukan hanya dalam 1 hembusan nafaz. Bagaikan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) saya dihukum tanpa dibicarakan dan tiada hitam putih dikeluarkan untuk hukuman politik dalam PPBM,” katanya merujuk keputusan PPBM melucutkan jawatannya sebagai ketua Wanita Disember tahun lalu.
Anina mendakwa PPBM menjadi wadah untuk mencatur kepentingan individu tertentu.
Anina, yang merupakan salah seorang anggota pengasas parti berkata, beliau telah menubuhkan NGO dan mencabar Muhyiddin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berdebat dengannya mengenai isu-isu semasa apabila ia didaftarkan.
Read More / Baca Lagi >>