SHAH ALAM: Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang kembali ke pangkuan Umno tidak mampu mempengaruhi ADUN PKR dan PAS seperti yang digembar-gemburkan dalam menjatuhkan kerajaan yang sedia ada, tegas Exco Selangor Datuk Iskandar Abd Samad.
Malah katanya, tidak ada gunanya menumbangkan kerajaan sedia ada yang kini menjalankan perkhidmatan dengan baik kepada rakyat.
"Kita pun dengar ada banyak khabar angin. Media menelefon saya kononnya bahawa kerajaan akan jatuh dan sebagainya. Saya tak nampak itu akan berlaku. Buat apa kita nak jatuhkan kerajaan. Kerajaan sekarang berfungsi dengan baik, khidmat dengan baik.
"Jadi tidak masuk akallah bahawa beliau akan menarik ADUN di Selangor, termasuk PAS. Kalau kita menyertai jadi pembangkang buat apa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Mesra Media di Hote Carlton Shah Alam, sebentar tadi.
Beliau berkata demikian sekaligus menafikan laporan lapan ADUN PKR bersama 13 ADUN PAS berura-ura keluar daripada parti untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu.
-antarapos
Related Posts :
Update 'SAYA KASIHAN LIHAT ADUN PKR DIBULI GUAN ENG' >> Berita Malay 18
Shah Alam – Tindakan mempersendakan wakil rakyat wanita disifatkan tidak wajar.
Merujuk kepada tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim… Read More...
Update Polis Buru Suspek Kes Samun Wanita Di Kedai Dobi >> Berita Malay 18
Seorang wanita kerugian RM15,000 selepas disamun tiga lelaki di kedai dobi 24 jam di Fasa 8, Taman Sri Gombak, dekat sini, Jumaat lepas.
… Read More...
Update Polis Buru Suspek Kes Samun Wanita Di Kedai Dobi >> Berita Malay 18
Seorang wanita kerugian RM15,000 selepas disamun tiga lelaki di kedai dobi 24 jam di Fasa 8, Taman Sri Gombak, dekat sini, Jumaat lepas.
… Read More...
Update 'Ratah' Anak Sendiri, Bapa Durjana Dihukuman Penjara 115 tahun >> Berita Malay 18
Mahkamah Majistret Betong menjatukan hukuman penjara 115 tahun dan 20 kali sebatan selepas lelaki berusia 49 tahun ini mengaku bersalah ata… Read More...
Update Dr M yakin menang separuh kerusi DUN, Parlimen di Sabah >> Berita Malay 18
Khairil Ashraf
| September 6, 2017
Pembangkang boleh menang separuh kerusi di Sabah melalui kerjasama dengan parti tempatan dan Paka… Read More...