PAS TIDAK PERLU BANYAK MEMIKIRKAN TENTANG APA YANG PKR HENDAK LAKUKAN, ITU MASALAH MEREKA.
FULL STOP.
PAS TIDAK AKAN BEKERJASAMA DENGAN PAKATAN HARAPAN DAN PAKATAN HARAPANPUN TIDAK AKAN BEKERJASAMA DENGAN PAS, ITU JELAS DAN MUKTAMAT.
FULL STOP.
JIKA ADA RUNDINGAN DIANTARA PAS DAN PKR MAKA ITU MUSTAHIL BERLAKU DAN TAK AKAN BERLAKU.
FULL STOP.
KEMUNGKINAN BERLAKU TIGA PENJURU DALAM PILIHANRAYA PRU 14, ITU PERKARA BIASA DAN JANGAN PEDULI, SEKALIPUN PAS NAK BERTANDING DIMANA-MANA DIA SUKA.
FULL STOP.
ANUAR TIDAK PERLU BERSUARA DALAM POLITIK BUAT SEMENTARA WAKTU, DUDUK LA DALAM PENJARA SEHINGGA KELUAR.
FULL STOP.
ANUAR DAN KELUARGA PERLU BIARKAN MAHADHIR TENTUKAN ARAH TUJU PAKATAN HARAPAN, MAHADHIR TAHU LA APA NAK BUAT.
FULL STOP.
-Pak Karamu-
PKR perlu selesaikan isu kerjasama dengan Pas
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Pimpinan PKR perlu menangani kegelisahan yang disuarakan ahli terhadap isu kerjasama parti dengan Pas yang didakwa berlarutan dan menimbulkan kekeliruan.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama tersebut seandainya berlaku, akan tetap berada dalam kerangka komitmen PKR dengan Pakatan Harapan.
“Saya telah meneliti kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, dan ahli-ahli yang melahirkan keresahan kerana corak cadangan kerjasama PKR dengan Pas yang dianggap samar dan berlarutan tanpa dimuktamadkan.
“Keadaan sedemikian dianggap mengelirukan dan dikhuatiri akan menjejaskan muafakat Pakatan Harapan. Pimpinan Pakatan juga telah menjelaskan pendirian menolak kerjasama dengan Pas.
“Namun saya perlu menjelaskan bahawa komitmen PKR teguh dan kukuh bersama Pakatan sepertimana yang dizahirkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak awal lagi,” katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau lagi, apa yang diusulkan dan dipersetujui Biro Politik sebelum ini adalah tidak memusuhi Pas dan mengkaji kemungkinan mengelak pertarungan tiga penjuru.
Ujarnya, pertimbangan yang dibuat parti adalah menggembleng seluruh kekuatan dalam menghadapi BN pada PRU14.
“Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang diminta menerajui inisiatif ini sedar bahawa yang disarankan adalah strategi nasional dan tidak terbatas kepada Selangor sahaja.
“Wajar ditegaskan semula bahawa ikhtiar PKR adalah bagi menjernihkan suasana dan merangkul kekuatan rakyat,” katanya lagi.
Beliau turut menyifatkan pertemuan antara Wan Azizah dan Mohamed Azmin dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai sesi ziarah antara sahabat lama.
“Abdul Hadi juga menerima kami dengan semangat kekeluargaan yang baik. Malangnya, terdapat kecaman dan serangan kasar dari beberapa pimpinan Pas terhadap PKR. Nasihat saya kepada pimpinan adalah untuk mengetepikannya kerana tumpuan kita adalah terhadap kerakusan dan rasuah pemerintahan BN.
“Saya tidak menghalang sebarang penjelasan dari pimpinan untuk meluruskan kekeliruan yang timbul, termasuk dalam isu RUU 355,” ujarnya lagi.
Anwar dalam masa sama turut mengakui keadaan sekarang lebih rumit dan mencabar kerana Pas telah mengambil keputusan untuk tidak menyertai Pakatan.
Akan tetapi, katanya lagi, PKR tidak semestinya harus memutuskan hubungan dengan Pas selagi ada kesediaan di pihak Pas untuk meneruskan perbincangan.
“Maka saya tidak dapat meremehkan kerisauan yang disuarakan oleh rakan-rakan. Pertama, kerana timbul persepsi kemungkinan kerjasama Pas dan Umno, tetapi ura-ura tersebut telah dibantah keras oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Kedua, tempoh yang lama dan berlarutan dianggap akan menjejaskan ikhtiar parti dalam mengemas kini jentera pilihan raya; malah berisiko tinggi seandainya terdapat kejutan! Ini dapat dihindari seandainya seluruh pimpinan dan jentera PKR bergerak pantas sebagai satu pasukan padu, menyemarakkan gema Reformasi dan agenda perjuangan rakyat, kebebasan dan keperitan hidup mereka. Kita tidak pernah berganjak dari tekad menentang kezaliman, perkauman dan rasuah,” katanya.