
PKR perlu menarik semua tuduhan yang dibuat pimpinan parti itu kepada Pas sebelum mahu berunding semula dengan mereka, kata Bendahari Dewan Ulamak Pas Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Beliau mempersoal sebab PKR mahu berunding semula selepas menyerang Pas dan Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menimbulkan banyak tanda tanya.
"Setakat ini, tidak ada sebarang perbincangan dengan PKR. Pas kekal seperti keputusan sebelumnya iaitu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.
"Kita akan bertegas dengan agenda Islam bagi menyelamatkan negara," katanya seperti dipetik
Berita Harian.
Beliau mengulas kemungkinan Pas dan PKR akan berunding semula menjalinkan hubungan kerjasama untuk PRU14.
Baru-baru ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam suratnya mahu hubungan PKR dengan Pas diteruskan selagi parti Islam itu bersedia untuk meneruskan perbincangan.
Pada minggu lalu, Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Pas. Keputusan itu dibuat sebelum kenyataan Anwar dikeluarkan.
Ditanya sama ada Pas bersedia berunding jika PKR bertegas mahu menjalinkan kerjasama, Mohd Khairuddin berkata; "Berkahwin tak boleh seorang atau bertepuk sebelah tangan. Selepas menyerang Pas dengan pelbagai tuduhan, tiba-tiba hendak berunding?"
Related Posts :
Update Tak ambil tindakan pada Haziq cemar nama PKR, kata penasihat Azmin >> Berita Malay 18Tak ambil tindakan pada Haziq cemar nama PKR, kata penasihat Azmin: Penasihat Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu juga menafikan dakwaan yang meng… Read More...
Update Timbalan Menteri sifatkan tuduhan tidak berasas >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menyifatkan tuduhan bahawa dirinya cuba untuk mencampuri urusan mata pelajaran P… Read More...
Update Azmin in deep trouble over sex video scandal... >> Berita Malay 18
Azmin Has Nobody But Himself To Blame....
At best, Azmin Ali is a bisexual. At worst, he’s a homosexual. Either way, his extrao… Read More...
Update REBUT JAWATAN PM, KEBEJATAN MORAL... JANGAN HERET RAKYAT, RAKYAT SUDAH BOSAN >> Berita Malay 18
Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Datuk Azwanddin Hamzah berkata rakyat semakin bosan dan bertambah bosan dengan perangai yang ditunj… Read More...
Update REBUT JAWATAN PM, KEBEJATAN MORAL... JANGAN HERET RAKYAT, RAKYAT SUDAH BOSAN >> Berita Malay 18
Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Datuk Azwanddin Hamzah berkata rakyat semakin bosan dan bertambah bosan dengan perangai yang ditunj… Read More...