Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) yang dicadangkan tidak akan dibentangkan di parlimen sebelum pilihan raya umum ke-14, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan hari ini.
Beliau berkata jawatankuasa teknikal mengenai perkara itu sedang dalam proses menggubal akta baharu itu.
"Ia akta yang baharu dan memandangkan ia baharu sudah tentu penggubalannya mengambil masa. Satu perkara yang baik mengenai akta tersebut ialah kami telah berbincang dengan masyarakat dan parti politik mengenainya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa taklimat kepada media mengenai Persidangan Serantau mengenai Demokrasi di Asia Tenggara, anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Yayasan Kofi Annan di Kuala Lumpur hari ini.
Persidangan dua hari itu dirasmikan oleh bekas presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono sementara bekas Menteri Luar Thailand Surin Pitsuwan akan menutup persidangan tersebut esok.
Turut hadir Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail.
Persidangan itu dihadiri oleh wakil dari kerajaan, parti politik, pertubuhan masyarakat sivil, ahli akademik dan media.
Negara-negara yang menyertai persidangan ialah Malaysia, Indonesia, Singapura, Timor Leste, Filipina, Thailand, Myanmar, Vietnam dan Kemboja.
Pada persidangan itu, enam panel akan membincngklan isu-isu pembangunan dan pendemokrasian, hubungan antara pertumbuhan ekononi dan pendemokrasian, badan-badan pengurusan pilihan raya sebagai satu cara untuk membina kepercayaan dan legitimasi dalam proses politik.
Isu-isu lain ialah pembiayaan pilihan raya tanpa menjejaskan legitimasi, pluralisme dan politik identiti dalam demokrasi, dan peranan organisasi masyarakat awam dalam memastikan hak-hak politik dihormati.
Related Posts :
Update Pelajar sekolah dapat dadah hanya RM5 >> Berita Malay 18
Wartawan Sinar Harian
8 Oktober 2017
Nur Jazlan di Persidangan Perwakilan Tahunan Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia Kali k… Read More...
Update [Video PAS Semakin Galak & Gila Melabel...] 50 bekas ahli Pas mohon sertai Umno & Presiden Pas sendiri tidak berani pertahan amanatnya. >> Berita Malay 18Isnin, 9 Oktober 2017
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed terima 50 borang untuk menyertai Umno dari ahli Pas Du… Read More...
Update [Video Menjawab Fitnah PAS, AMANAH Bukan Khadam DAP & Ada Perlembagaan Sendiri] Malaysia milik rakyat atau milik PAS? >> Berita Malay 18Isnin, 9 Oktober 2017
Malaysia milik rakyat atau milik PAS?
Saya tidak terkejut apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkat… Read More...
Update [Video PANAS! PAS kutip duit rakyat buat kempen FITNAH] Lapan ekor anjing masuk masjid Al-Ansar Bandar Meru Raya, Ipoh. >> Berita Malay 18Isnin, 9 Oktober 2017
Lapan ekor anjing masuk masjid
Rakaman CCTV yang menunjukkan sekumpulan anjing memasuki ruang masjid, 29 September l… Read More...
Update [Video ANGIN PERUBAHAN POLITIK Rakyat Kelantan] Jangan beri peluang kepada Pas & Mereka tiada agenda untuk membela nasib rakyat menghadapi kemelut barang naik, GST, rumah mahal, kleptokrasi, dan pengganguran. >> Berita Malay 18Isnin, 9 Oktober 2017
Jangan beri peluang kepada Pas
Rakyat negara ini harus melihat kemelut yang sedang dihadapi oleh mereka kin… Read More...