-
Umno kini yakin dengan peluang mereka menjelang pilihan raya umum ke-14 yang mesti diadakan selewat-lewatnya tahun depan.
Ketua penerangannya Tan Sri Annuar Musa berkata pembangkang sedang “tunggang-langgang” berdepan pelbagai masalah selain kehabisan “peluru”.“Dia dah keluar ‘peluru’ macam-macam.
“Manakala ‘peluru’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib belum keluar lagi.image: http://ift.tt/2wsQgrj
‘Peluru’ kita belum habis lagi. Satu daripada agenda PRU-14 kita ikhtiar mahu ambil balik Selangor.
“Kita sedang fikir daripada dalam dan luar kotak,” beliau dipetik sebagai berkata dalam acara penerangan Umno di Sepang malam tadi.
Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan Datuk Lokman Nor Adam dan Exco Pemuda Umno Shahril Hamdan turut hadir dalam acara jelajah parti Melayu itu.
Sementara itu, Annuar juga berkata Umno sedang merangka strategi dan menjadikan Selangor sebagai negeri tumpuan.
“Ini negeri BN bangunkan bukan Azmin bangunkan.
“Selangor adalah maruah Umno, kebanggaan Umno dan anak emas Umno. Kita tidak reda berada bawah pimpinan orang lain,” katanya seperti dilaporkan Umno Online.Beliau juga mahu anggota dan jentera Umno Sepang bersatu padu untuk menawan balik kawasan itu, yang kini milik Parti Amanah Negara (AMANAH).
“Kita kalah kerana perpecahan dalaman pada satu ketika dahulu. Sepang sangat penting. Jangan buat orang tidak yakin dengan kita.
“Bagaimana orang nak tumpang kita kalau kita bergaduh sesama sendiri,” katanya.
Dalam pilihan raya umum lalu, calon BN Sepang Mohd Zin Bin Mohamed kecundang di tangan calon Hanipa Maidin dalam pertandingan empat penjuru bersama dua lagi calon bebas.
Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie
Related Posts :
Update ((LIVE)) SEDANG BERLANGSUNG TSUNAMI RAKYAT di Hulu Kelang Malam Ini >> Berita Malay 18 🎥 SIARAN LANGSUNG 📺 MALAM SEMARAK TSUNAMI RAKYAT "Tsunami Kian Melanda, Kebangkitan Rakyat Kian Membara" Bertempat di … Read More...
Update Kalu orang tua ini boleh,kita pun boleh... >> Berita Malay 18 Menolak beliau.. Aku yakin MALAYSIA ini tak mampu lagi diselamatkan. Itu aku pasti. Setahun lebih aku juga agak dekat dgnnya.. Blm pernah … Read More...
Update [Video Mat Sabu~ Ucapan Di Hadapan Ribuan Rakyat Jelajah Pakatan Taman Keramat & Setuju Dr M jadi PM? Terserah pada rakyat - Rais] Ayuh...bangunlah semua bekas-bekas menteri yang ada - bersama kita dengan rakyat jelata untuk selamatkan negara Malaysia. >> Berita Malay 18Isnin, 7 Mei 2018 Parti Amanah Negara menambah 4 foto baharu 21 min · GELOMBANG RAKYAT DI HULU K… Read More...
Update 6 GAMBAR TSUNAMI RAKYAT D Hulu Kelang,siaran LIVE DISABOTAJ >> Berita Malay 18 Ribuan rakyat turun memberi sokongan kepada Ayahanda Tun M. Difahamkan siaran LIVE Streaming yang membuat liputan pada malam ini … Read More...
Update Rais: Saya lebih takut tuhan berbanding Umno >> Berita Malay 186/5/18 Veteran Umno, Tan Sri Rais Yatim berkata, beliau akan memilih ceramah PH yang sesuai untuk disertainya. Bekas menteri yang sedang di… Read More...