Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches, SISC+) ialah perjawatan yang diwujudkan di Pejabat Pendidikan Daerah bagi menjayakan Program Transformasi Daerah di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.
SISC+ sebagai Pakar Pedagogi
Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 36/2016 telah memutuskan perubahan peranan SISC+ daripada pembimbing berdasarkan mata pelajaran kepada pembimbing pedagogi dan kurikulum secara menyeluruh dalam bidang pembelajaran. Ini adalah bagi memastikan kepakaran dan bidang yang lebih generik pada bahagian, JPN, dan PPD.
Kementerian memperkenalkan perjawatan SISC+ sebagai salah satu langkah untuk melahirkan golongan pendidik berkemahiran tinggi dan meningkatkan kualiti penyampaian kurikulum.
SISC+ sebagai Pembimbing Guru
Bidang tugas SISC+ adalah untuk membimbing guru dalam aspek pedagogi, pentaksiran dan kurikulum. SISC+ membimbing guru ke arah pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah yang lebih menarik dan berkesan selaras dengan perkembangan semasa.
Guru akan dibimbing untuk menggunakan elemen didik hibur, teknologi dan amalan pedagogi kreatif dan inovatif untuk menarik minat murid. Guru juga dibimbing untuk menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam PdP selaras dengan keperluan abad ke-21. Bimbingan ini menjurus ke arah PdP berkesan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata.
Hal ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid berfikiran global, futuristik, mengutamakan nilai, dan mempunyai jati diri yang tinggi dalam kehidupan seharian.
Peranan SISC+ berfokus kepada bimbingan untuk guru di sekolah berprestasi rendah (Band 5, 6 dan 7). Langkah ini bertujuan menyediakan peluang dan sokongan yang diperlukan oleh guru bagi menggalakkan peningkatan kemahiran dan kecemerlangan mereka dalam PdP.
SISC+ sebagai Penyampai Dasar
Kewujudan pelbagai lapisan penyampaian pelaksanaan menyebabkan berlakunya kecairan dalam sistem penyampaian. SISC+ berperanan sebagai penghubung antara pihak kementerian dengan sekolah dalam penyampaian kurikulum dan pentaksiran.
SISC+ menggantikan jurulatih bagi mengurangkan lapisan penyampaian, sekali gus mengurangkan kemungkinan berlakunya kecairan. Peranan ini merangkumi tanggungjawab membimbing guru untuk
melaksanakan kurikulum dan pentaksiran baharu di dalam bilik darjah dan memantau keberkesanan pelaksanaannya
Semoga garis panduan yang dihasilkan ini akan menjadi wadah rujukan kepada semua pihak yang terlibat supaya dapat menjana keberkesanan dalam setiap tindakan dan intervensi selari dengan matlamat transformasi pendidikan negara.
Muat Turun:
BUKU Panduan Pengurusan Program Transformasi Daerah (DTP) 3.0
SISC+ sebagai Pakar Pedagogi
Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 36/2016 telah memutuskan perubahan peranan SISC+ daripada pembimbing berdasarkan mata pelajaran kepada pembimbing pedagogi dan kurikulum secara menyeluruh dalam bidang pembelajaran. Ini adalah bagi memastikan kepakaran dan bidang yang lebih generik pada bahagian, JPN, dan PPD.
Petikan daripada buku Panduan Pengurusan DTP 3.0 |
SISC+ sebagai Pembimbing Guru
Bidang tugas SISC+ adalah untuk membimbing guru dalam aspek pedagogi, pentaksiran dan kurikulum. SISC+ membimbing guru ke arah pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah yang lebih menarik dan berkesan selaras dengan perkembangan semasa.
Guru akan dibimbing untuk menggunakan elemen didik hibur, teknologi dan amalan pedagogi kreatif dan inovatif untuk menarik minat murid. Guru juga dibimbing untuk menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam PdP selaras dengan keperluan abad ke-21. Bimbingan ini menjurus ke arah PdP berkesan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata.
Hal ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid berfikiran global, futuristik, mengutamakan nilai, dan mempunyai jati diri yang tinggi dalam kehidupan seharian.
Peranan SISC+ berfokus kepada bimbingan untuk guru di sekolah berprestasi rendah (Band 5, 6 dan 7). Langkah ini bertujuan menyediakan peluang dan sokongan yang diperlukan oleh guru bagi menggalakkan peningkatan kemahiran dan kecemerlangan mereka dalam PdP.
Sumber: Buku Panduan Pengurusan DTP 3.0 |