-
Keputusan pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) semalam mencatatkan kemenangan bergaya kumpulan prokerajaan yang mengatasi penyokong promahasiswa.
Kumpulan pro-Najib Razak yang digelar Penggerak Mahasiswa memenangi 29 kerusi, berbanding promahasiswa yang didominasi Angkatan Mahasiswa, Demokrat UM dan Persatuan Belia Baru UM (Umany) hanya tujuh kerusi.
Berdasarkan angka rasmi semalam, faktor terbesar menyumbang kepada kekalahan kumpulan promahasiswa adalah peratus keluar mengundi yang amat rendah iaitu sekitar 64.97 peratus saja.
Daripada jumlah itu, sebahagian besar diisi oleh mahasiswa tahun pertama yang masih baru dengan politik kampus. Sementelah mahasiswa tahun kedua dan ketiga - rata-ratanya berpengalaman dan faham selok-belok pentadbiran universiti - mengambil sikap tidak mengundi.
Fenomena ini amat membimbangkan. Kecenderungan anak muda yang masak tentang politik dan segala skandal yang membelit ekonomi negara untuk berdiam diri bakal menjadi malapetaka yang akan mengekalkan Najib selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti. Jangkaan terburuk ini - walau pahit untuk ditelan - merupakan kemungkinan tertinggi jika pola peratusan keluar mengundi yang rendah itu berlanjutan hingga ke hari pembuangan undi.
Maka sesuatu perlu dilakukan. Memahami bahawa ramai anak muda muak dan sedang menjauhkan diri daripada politik, kita - anak muda juga - perlu mengubah landskap politik semasa.
Politik perlu bergerak dari medan yang dibenci kepada ruang yang dicintai. Kecintaan pada politik hanya wujud dengan kerja-kerja pembelaan terhadap majoriti rakyat yang susah, serta diadun dengan idea-idea polisi berorientasikan kekeluargaan dan komuniti.
Semua ini tidak akan berlaku jika anak muda tidak turun tangan. Sama ada di dalam atau di luar parti politik, kerja-kerja untuk memastikan peratusan keluar mengundi tertinggi untuk PRU14 nanti adalah kerja semua daripada kita.
Jika gagal, yang menanggung akibatnya juga adalah kita - anak muda. Justeru bentuklah kumpulan-kumpulan kecil dan bergeraklah.
Usah ditunggu mereka yang mahu terus menunggu. Kerana kita bukan sekadar pungguk yang hanya mampu merindukan bulan.
SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie
Related Posts :
Update Terima kasih Malaysia: Neelofa >> Berita Malay 18 … Read More...
Update PAS dalam masalah besar, kata penganalisis politik >> Berita Malay 18 SELAIN daripada perpecahan dalaman yang disebabkan Amanah, PAS dijangka akan hilang banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang kerana p… Read More...
Update [Video Rara: Pelbagai Insentif Rakyat Selangor P Pinang Dapat TV3 Najib Umno Takut Siarkan] Indeks Rasuah M'sia Terburuk DIBAWAH NAJIB & KONFLIK DALAMAN Pas semakin parah? Selepas terdedah rakaman audio, Nasrudin ungkit nilai persahabatan dalam Pas. >> Berita Malay 18Rabu, 28 Februari 2018 Rafizi Ramli Suka Halaman Ini · 24hb Februari · Malaysia mencatat penuruna… Read More...
Update Dr M: Kuok tak pernah bagi duit semasa saya terajui BN >> Berita Malay 18 Dr M: Kuok tak pernah bagi duit semasa saya terajui BN. PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa hartawan Tan Sri Robert Kuok t… Read More...
Update [Video Angin perubahan sudah tiba, BN pasti tewas pada PRU14] MARIA CHIN LETAK JAWATAN dijangka letak jawatan untuk bertanding PRU14. >> Berita Malay 18Rabu, 28 Februari 2018 Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Dato' Seri Mukhriz bergerak ke Dataran Maybank menyertai Himpunan #Bersih5. MA… Read More...