Program jelajah Perjuangan4all anjuran Umno perlu membenarkan rakyat bersoal jawab berkaitan isu kenaikan kos sara hidup dan skandal 1MDB, kata penolong setiausaha publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali.
Kenyataan ini dibuat susulan
pengumuman terbaru oleh ketua penerangan Umno Tan Sri Anuar Musa yang akan menganjurkan sesi dialog berbentuk townhall bertajuk Perjuangan4all ke seluruh negara.
"Saya simpati, Annuar begitu naif. Biar saya beritahu, rakyat pada ketika ini bukan mahu dengar tentang transformasi Najib.

"Rakyat sedang bergelut dengan kenaikan kos sara hidup yang cukup menekan.
"Rakyat juga keliru kerana pada saat poket rakyat 'kering', pemimpin Umno BN diketuai Datuk Seri Najib Razak terpalit dengan pelbagai dakwaan skandal demi memenuhkan tembolok masing-masing," kata Sheikh Omar dalam kenyataan media hari ini.
Sheikh Omar memetik kajian firma penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE) Ogos lalu yang menunjukkan 76% rakyat di negara ini amat prihatin terhadap isu kenaikan harga barangan disamping 82% menganggap perlaksanaan cukai GST sebagai punca kenaikan kos sara hidup.
"Selain itu, 69% rakyat berpendapat isu skandal 1MDB yang gagal dijawab oleh Najib Razak telah menjatuhkan reputasi beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.
"Inilah kerunsingan sebenar rakyat dibawah," jelas Sheikh Omar.
Beliau menggesa program jelajah Umno itu wajar menjadikan isu sebenar rakyat sebagai asas utama.
"Jika tidak, program tersebut tidak lebih sekadar satu bentuk jelajah propaganda 'Perjuangan4Umno', untuk memanipulasi rakyat demi kepentingan Najib dan kroni-kroninya sahaja," kata Sheikh Omar.
Dialog anjuran Penerangan Umno Malaysia itu akan bermula dengan parlimen Wangsa Maju pada hari Ahad ini.
Ketua penerangan Umno, Annuar Musa
berkata pendekatan baharu itu bertujuan memberikan penjelasan kepada masyarakat umum dan akar umbi mengenai kejayaan dasar transformasi Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan dasar pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).
Related Posts :
Update Najib: PH mampu sumbang RM1 bilion pada P Pinang, tapi mansuh bantuan RM1,200 pesara >> Berita Malay 18
Najib Razak berkata, beliau memperkenalkan BBN untuk veteran demi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
Datuk Seri Najib Razak h… Read More...
Update YBM Zuraida Kamaruddin Dan YBM Mat Sabu Buat Kenyataan Mereka Tiada Ijazah >> Berita Malay 18
Tidak seperti Menteri Luar yang masih mengelak dan menggunakan jurus tai-chi dari mengaku mempunyai ijazah palsu, Menteri Kesejahteraan… Read More...
Update [Video Pas TERIMA DUIT Umno & Penjelasan isu RM90 juta Affin Bank] TANYA Je bisherrr bisherrr! KAYA BETUL PASCHAI mana dapat duit puluh2 jota? Realiti Pas bertanding 393 kerusi DUN, kalah 303 kerusi (peratus kekalahan: 77%) & Kerusi Parlimen pula, Pas bertanding 158 kerusi dan kalah 138 kerusi (peratus kekalahan: 87%). Ini betul2 punya data walaun. >> Berita Malay 18Ahad, 10 Februari 2019
KAYA BETUL PASCHAI; MANA DAPAT DUIT PULUH2 JOTA, DARI PENYAMUN 1MDB KA? TANYA JA...
*JUMLAH KASAR PE… Read More...
Update [Video Najib Beri WANG CURI, PH Kini Lebih Berhati-Hati] Bekas khadam balun Jebon buka RAHSIA UMNO 'game'kan PAS. Hu hak hu hak..PRU14 dua2 TERSUNGKOQ! >> Berita Malay 18Sabtu, 9 Februari 2019
Kami Viral
Berjayalah satu objektif UMNO 'game'kan PAS
1. Mula-mula bagi dua tiga orang pemimpin UMNO himpit pemimp… Read More...
Update 1MDB - Rompakkan terbesar di dunia... >> Berita Malay 18
Macam Neraka Dunia...
Bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), Xavier Andre Justo, menyifatkan pengalamannya dipenjara … Read More...