Empat anggota polis yang dilantik oleh suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian dagangan pertukaran asing (forex) Bank Negara hari ini merakamkan kenyataan saksi Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu turut diminta menyemak beberapa dokumen yang akan dibentangkan kepada panel itu Ahad depan.

“Ia ambil masa lama, hampir tiga jam,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana Global di Kuala Lumpur.
Mahathir juga berkata terdapat beberapa pembetulan dan penambahan dan beliau terpaksa membaca beberapa dokumen sebelum menjawab soalan polis.
Pemimpin veteran yang kini memimpin gabungan pembangkang itu bagaimanapun berkata beliau telah bersedia berdepan panel siasatan itu.
Berkaitan saksi-saksi lain, Mahathir berkata bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin akan dipanggil.
Ditanya siapa lagi patut dipanggil, beliau secara berseloroh berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri.
Katanya, Najib ketika kejadian turut menjadi menteri dalam kabinetnya.
Keseluruhan 21 saksi sudah dipanggil memberi keterangan dalam RCI itu, termasuk bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan ketika urus niaga merugikan itu berlaku.
Skandal itu berlaku sekitar penghujung 80-an dan awal 90-an ketika Mahathir menjadi perdana menteri.
Related Posts :
Update JIKA KERAJAAN PH GAGAL TOLAK ICERD, UMNO... PAS, NGO AKAN TERUS MENENTANG >> Berita Malay 18
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan tegas berkata seluruh ahli UMNO, Pas dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) akan … Read More...
Update JIKA KERAJAAN PH GAGAL TOLAK ICERD, UMNO... PAS, NGO AKAN TERUS MENENTANG >> Berita Malay 18
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan tegas berkata seluruh ahli UMNO, Pas dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) akan … Read More...
Update [LANGSUNG: Parlimen Isnin, 19 Nov 2018 (Sesi Pagi)] ICERD-Zahid sengaja buat PROVOKASI & MENGHASUT rakyat! Itu video 10 tahun lalu ketika BN tak bela masyarakat India. >> Berita Malay 18Isnin, 19 November 2018
Terang dan Jelas.
Terima kasih Tun M.
Pihak Pembangkang jangan nak provoke lagi..
Otai BERSIH
Itu video 10 tahun l… Read More...
Update Pecat, Dakwa Dan Gugur Kerakyatan Waytha Moorthy >> Berita Malay 18
Pelbagai pihak menyuarakan gesaan supaya tindakan undang-undang diambil ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy beri… Read More...
Update ICERD: DAP PALING Licik, sentiasa UNTUNG >> Berita Malay 18
Inilah antara perangai pemimpin DAP dan sekutunya Hindraf yang jenis baling batu sembunyi tangan ni...
Mereka yang cadang dan usaha nak b… Read More...