Update PPBM, DAP gesa PAS henti guna politik perkauman pecah belahkan rakyat >> Berita Malay 18

Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, PAS tidak ubah seperti Umno menggunakan strategi lapuk menakut-nakutkan orang Melayu terhadap DAP supaya mereka tidak mengundi pembangkang.
syed-saddiq_edry-faiza_pas_dap_ppbm_600
PETALING JAYA: Pemuda PPBM dan DAP hari ini menyelar tindakan PAS menggunakan politik perkauman untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu dan memecah belahkan rakyat berbilang kaum menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Kita sepatutnya menggunakan politik sebagai alat perpaduan, tetapi sekarang ahli politik yang memecahkan kita.
“Kita perlukan pemimpin daripada pelbagai kaum, tapi masih ada hasutan berunsur perkauman yang dilakukan. Hentikanlah politik perkauman, bawa politik yang matang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Ketua Pemuda PAS, Muhamamad Khalil Abdul Hadi menyifatkan satu undi untuk Pakatan Harapan bererti satu undi kepada DAP yang turut dibayangi Evangelis Kristian mahu menawan negara ini.
Beliau turut dilaporkan mendakwa DAP mencengkam PKR, PPBM dan Amanah sebagai proksi kerana tindak-tanduk parti itu jelas menunjukkan mereka mahu menjadi dominan dalam Pakatan Harapan serta menentukan arah setiap tindakan gabungan pembangkang berkenaan.
Ia susulan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 28 Ogos lalu untuk tidak bekerjasama dengan PAS pada PRU14.
Syed Saddiq berkata, PAS dahulu menentang habis-habisan politik perkauman, tetapi kini parti Islam itu membangkitkan api perkauman dengan menggunakan isu kaum bagi meraih sokongan.
Beliau mendakwa PAS tidak ubah seperti Umno yang menggunakan strategi lapuk menakut-nakutkan orang Melayu terhadap DAP supaya mereka tidak mengundi pembangkang.
Beliau menegaskan bukan DAP yang mendominasi Pakatan Harapan kerana gabungan pembangkang itu masih mempunyai PKR, Amanah dan PPBM dengan majoriti ahli parti terdiri daripada orang Melayu.
“Walaupun DAP memenangi semua kerusi yang dipertandingkan dalam PRU14 ini, mereka tidak akan mampu membentuk sebuah kerajaan persekutuan tanpa parti-parti komponen Pakatan Harapan.”
Beliau turut mempersoalkan logik Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi Pakatan Harapan jika beliau diperkudakan DAP.
“Dulu semasa PAS berada dalam Pakatan Rakyat, merekalah yang memanggil Tun M ‘Ultras Melayu’, tapi sekarang mereka kata Tun M diperkudakan DAP.
“Saya nak tanya kepada Pemuda PAS, yang mana satu betul, Dr Mahathir ‘Ultras Melayu’ atau ‘kuda DAP’?”
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :