Update PROJEK TAMAN TUGU UBAH LANDSKAP KUALA LUMPUR - PM >> Berita Malay 18


Projek Taman Tugu ubah landskap Kuala Lumpur – PM


Kuala Lumpur – Dato' Sri Najib Tun Razak berkata, Projek Taman Tugu yang merupakan satu lagi projek mengindahkan bandar raya Kuala Lumpur melibatkan proses pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah warisan alam di kawasan seluas 26.7 hektar.

Perdana Menteri berkata, kawasan tersebut akan dipindah milik kepada badan amanah awam yang dikenali sebagai Amanah Warisan Negara.

“Kerajaan telah melaksanakan pelbagai projek bagi mengubah landskap dan saling hubung ter­utamanya di Kuala Lumpur. Selepas projek River of Life (ROL) dan pelancaran Kolam Biru baru-baru ini yang mendapat sambutan hangat warga kota, suka juga saya kongsikan sedikit info mengenai satu lagi projek pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah warisan alam.

“Projek Taman Tugu akan memulihara sebanyak 800 pokok, yang mana daripada jumlah itu, 150 mempunyai diameter berukuran lebih satu meter bermakna pokok-pokok ini telah berusia lebih 100 tahun.

“Malah, kita juga akan menambah lebih 4,000 pokok hutan hujan etnik Malaysia dan kawasan seluas 26.7 hektar ini juga akan dipindah milik kepada badan amanah awam yang dikenali sebagai Amanah Warisan Negara,” katanya menerusi blog Najib.Razak.com di sini semalam.

Tambahan beliau, kerajaan juga telah mengenal pasti tapak seluas 10 hektar berdekatan dengan Taman Tugu yang akan dijadikan sebahagian daripada Amanah Warisan Negara, yang mana ia akan kekal ruang hijau awam untuk selama-lamanya.


Subscribe to receive free email updates: