
Kecewa dengan kenaikan mingguan harga minyak, Pemuda Amanah merancang mengadakan siri protes di seluruh negara bagi mendesak kerajaan menstabilkan harga bahan bakar itu dan mengembalikan subsidi.
Naib ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, pihaknya kesal dengan sikap berwewenang kerajaan yang terus menaikkan harga petrol untuk minggu ke-10 dalam tempoh 3 bulan, bermula 6 Julai lalu.
Kenaikan berterusan ini, katanya langsung tidak mengambil kira keadaan semasa rakyat yang telah sedia sesak dengan bebanan GST, ditambah dengan pendapatan boleh guna yang kian meruncing.
"Lantas rakyat diseru untuk lawan dan bersama-sama protes terhadap kenaikan kali ini, yang dijangka menambah buruk kesan domino terhadap kenaikan harga barang-barang keperluan harian yang telah pun sedia mahal.
"Bersama-sama NGO dan gerakan sivil yang lain, Pemuda Amanah akan melancarkan protes di seluruh negara bagi menuntut agar harga semasa minyak diturunkan," ujar beliau.
Menurutnya, protes ini akan dibuat serentak di seluruh negara mulai Isnin, 11 September akan datang.
Waktu dan lokasi spesifik protes, katanya akan dikeluarkan oleh Pemuda Amanah negeri-negeri.
"Kita mengharapkan agar masyarakat sentiasa prihatin terhadap kenaikan mingguan ini dan bersama-sama mendesak kerajaan kembali bertanggungjawab untuk mengembalikan subsidi sebagaimana yang telah dituntut ramai pihak," tegas beliau.
Related Posts :
Update BELANJAWAN 2019 UNTUK POPULARKAN KERAJAAN, UNTUK KERAJAAN DAN BUKAN UNTUK RAKYAT >> Berita Malay 18
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari … Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/11/update-pembaca-berita-paling-tenang.html">Update "Pembaca berita paling tenang" Teruskan siaran di tengah goncangan gempa >> Berita Malay 18
02 November 2018
Foto: Twitter.
XICHANG – Ketika gempa terjadi, biasanya insting yang akan didapati oleh manusia … Read More...
Update BELANJAWAN 2019 UNTUK POPULARKAN KERAJAAN, UNTUK KERAJAAN DAN BUKAN UNTUK RAKYAT >> Berita Malay 18
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari … Read More...
Update PENDAPAT:BELANJAWAN 2019 >> Berita Malay 18
Terlalu Bergantung Pada Petronas or Petro Monies, Penguncupan Kutipan Fiskal dan Defisit yg Melebar.
Mungkin ada baiknya pada tahun ini… Read More...
Update PTPTN: Gaji menteri puluh ribu patut dipotong bukan graduan >> Berita Malay 18
Belanjawan 2019 semalam mengumumkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan lebih RM1,000 sebulan, pe… Read More...