Update PRU14: Pilih BN sama seperti korbankan negara >> Berita Malay 18

Penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) disaran mengutamakan kepentingan negara pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti dengan tidak memberi undi kepada parti yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Tian Chua, berkata, keputusan memilih Umno-BN pada pilihan raya itu nanti sama seperti mengorbankan negara demi kelangsungan politik Najib dan Umno-BN.
“Bukan sahaja Najib, Umno dan BN yang merupakan tiga elemen penting merosakkan masa depan negara tetapi Umno dan BN sendiri turut berpontensi besar membuatkan ekonomi negara dan rakyat jatuh ke tahap lebih buruk pada masa akan datang,” katanya kepada SelangorKini.
Jelasnya, ini terbukti apabila berlaku pelbagai penyelewengan bernilai berbilion ringgit termasuk dalam skandal 1 Malaysia Develompent Berhad (1MDB) yang menggugat kestabilan ekonomi dan matawang negara selepas Umno-BN sekali lagi menang pada PRU-13 lalu.
Katanya, ketidakstabilan ekonomi dan kejatuhan matawang yang semakin buruk akibat diuruskan secara tidak bertanggungjawab itu memberi kesan besar terhadap kesejahteraan kehidupan rakyat terbanyak.
Bagaimanapun, katanya lagi, pemimpin Umno-BN gagal menyelami kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat kesan kemelesetan ekonomi itu.
Ujarnya, rakyat perlu mengambil iktibar kesilapan memilih Umno-BN pada PRU-13 lalu sekali gus negara terus ditadbir oleh golongan yang tidak amanah dan bertanggungjawab.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :