Update @RafiziRamli Ni Jenis Orang Yang Suka Bayar GST Ka? >> Berita Malay 18



Umum mengetahui  Invoke Solutions Sdn Bhd (Invoke) dan KEIP Resources Sdn Bhd (KEIP) adalah dua syarikat yang dimiliki oleh Rafizi Ramli sebagai pemegang saham yang terbesar. Kedua-dua syarikat Invoke dan KEIP ditubuhkan pada masa yang sama. KEIP adalah syarikat yang membekalkan pekerja kepada Invoke. 

Ironinya sekiranya Invoke mengambil pekerja sendiri, tiada GST akan dikenakan ke atas gaji pekerja. Anehnya, Invoke pula membayar syarikat KEIP untuk membekal pekerja kepada Invoke. Maka, ini adalah satu servis dan dengan itu GST akan dikenakan ke atas KEIP. Persoalannya, mengapakah Rafizi Ramli memilih untuk meniaga dengan Rafizi Ramli dan sanggup membayar GST yang amat beliau tentang sebelum ini?

Rekod transaksi Invoke yang dibongkarkan oleh Rafizi Ramli menunjukkan sebanyak RM1.3 juta telah dibayar oleh Invoke kepada KEIP dalam tempoh 7 bulan. Ini bermakna GST yang patut dibayar sudah sebanyak RM78,000. Bagi Rafizi Ramli, wang RM78,000 tidak besar sangat ke? 

Atau adakah RM78,000 ini dikira duit kecil dan patut dibayar kerana mendapat lebih banyak laba dan faedah lain kalau berniaga dengan diri sendiri? Rafizi Ramli ini jenis manusia yang suka membayar GST kah? Sudah berdaftarkah syarikat KEIP milik Rafizi Ramli dengan GST? Lambat daftar ataupun tidak bayar GST, adalah sesuatu kesalahan di bawah akta GST. Itu rasanya Rafizi Ramli tahu sebab beliaukan Akauntan Bertauliah.

Subscribe to receive free email updates: