Update Rakyat boleh ‘meledak’ kerana tekanan ekonomi >> Berita Malay 18


Tekanan ekonomi yang dihadapi rakyat ketika ini khususnya kenaikan berterusan harga bahan api dan harga-harga barang lain boleh berisiko menjadi 'peledak' kepada amarah rakyat pada bila-bila masa.
Dengan jurang ekonomi yang besar dalam kalangan rakyat, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, ia merupakan bom jangka yang boleh mencetuskan pertumpahan darah, pergolakan sosial serta ketidakstabilan politik.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud “Bagaimanapun, selepas penubuhan negara ini dengan tujuan untuk mencegah pengaruh komunis daripada berkembang kerana risikonya yang boleh menggugat kestabilan politik negara, namun, selepas komunis pergi, saya melihat negara masih berhadapan dengan risiko yang sama.
“Selepas komunis dianggap mengancam kestabilan politik, masalah jurang kekayaan pula menjadi beban baharu dengan risiko yang sama dan masih belum dibasmi sepenuhnya oleh kerajaan pimpinan BN dengan berkesan.
“Sudah tentu, saya dan pimpinan Pakatan Harapan menolak sebarang bentuk revolusi berbentuk kekerasan sehingga berlaku pertumpahan darah dan korban nyawa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Justeru, katanya lagi, Pakatan menawarkan alternatif pentadbiran baharu yang lebih segar dan berkesan untuk dipilih rakyat dalam PRU akan datang.
Jelasnya, Pakatan menawarkan peralihan kerajaan bagi membaiki kegagalan pentadbiran BN dalam membangunkan menguruskan kekayaan negara yang hanya menambah pemilikan segelintir yang berkepentingan sahaja.
“Mendepani negara yang suram dengan sentimen perkauman dan agama yang sempit yang turut dimainkan oleh 'sekutu baharu' BN dan pengolahan negara yang pincang, inilah masanya untuk rakyat sendiri bangkit membuat perubahan melalui wadah demokrasi,” katanya lagi.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :