Dalam pada kedudukan ringgit merosot teruk berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kira-kira RM29.4 bilion wang kerajaan dan rakyat Malaysia akan dilaburkan bagi membantu mengukuhkan ekonomi AS – negara pengeluar senjata yang paling banyak digunakan membunuh umat Islam.
Tatkala, kos sara hidup semakin membebankan rakyat Malaysia, pelaburan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan dibuat menggunakan wang simpanan rakyat dan dana milik kerajaan Malaysia – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad.
Khazanah Nasional Berhad adalah dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia – selain 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihantui pelbagai skandal – yang diamanahkan untuk menyimpan dan menguruskan aset komersial kerajaan serta melaksanakan pelaburan strategik untuk negara.
Sebelum ini, banyak pihak mempertikaikan penubuhan 1MDB kerana Khazanah telah wujud sebagai agensi dana pelaburan strategik negara.
KWSP pula adalah institusi keselamatan sosial yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan untuk hari tua mereka. Semua rakyat Malaysia yang bekerja di sektor swasta diwajibkan membuat caruman bulanan ke dalam akaun agensi itu.
KWSP pernah membeli bon terbitan 1MDB bernilai RM200 juta pada 2015 lalu.
Pengumuman mengenai rancangan kedua-dua agensi itu untuk membantu mengukuhkan ekonomi negara ‘Uncle Sam’ itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pertemuan delegasi Malaysia dengan Presiden AS, Donald Trump, di Washington DC, hari ini.
Bernama melaporkan, Najib mengumumkan bahawa KWSP dan Khazanah Nasional Bhd merancang meningkatkan pelaburan mereka di AS dan membeli lebih banyak pesawat Boeing bagi membantu mengukuhkan ekonomi negara itu.
Najib berkata, KWSP sahaja dijangka melabur antara AS$3 bilion (RM12.6 bilion) dan AS$4 bilion (RM16.8 bilion) di negara tersebut.
“Saya ingin katakan bahawa kami datang ke sini dengan membawa cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukakan. Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS,” katanya dalam pertemuan itu.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, delegasi Malaysia mempunyai tiga cadangan khusus.
Pertama, katanya, Malaysia berhasrat menambah bilangan pesawat Boeing yang akan dibeli oleh Malaysia Airlines Bhd (MAB).
“Kami komited untuk membeli 25 pesawat 737-MAX 10, lapan 787 Dreamliners dan ada kebarangkalian besar, bukan kemungkinan, yang kami akan menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat.”
Jadi, dalam masa lima tahun, dengan pembelian tambahan itu, janji niaga tersebut akan bernilai melebihi US$10 bilion, katanya.
Pesawat 737 MAX 10 bakal menjadi pesawat satu lorong paling menguntungkan bagi syarikat penerbangan tersebut, menawarkan kos tempat duduk paling rendah, manakala 787 Dreamliner merupakan pesawat enjin berkembar dengan kerangka sederhana bagi perjalanan jarak jauh.
Perdana Menteri kemudianya menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Malaysia Airlines dan Boeing Aircraft Corporation bagi pembelian pesawat serta membuka kemudahan penyelenggaran, pembaikan dan baik pulih di Sepang, bernilai US$3.9 bilion.
Perbincangan dengan Trump itu merupakan kemuncak lawatan kerja Najib ke AS dari 11-13 September atas jemputan daripada Presiden AS ke-45 itu yang memegang jawatan pada 20 Januari tahun ini.
Najib berkata kerajaan juga akan cuba memujuk syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd untuk membeli enjin General Electric buatan AS.
“Keduanya, Kami memiliki KWSP, yang merupakan dana pencen utama di Malaysia. Mereka memiliki modal yang besar untuk dieksport, mereka melabur hampir US$7 bilion dari segi ekuiti di AS dan mereka berhasrat untuk melabur tambahan US$3 bilion hingga US$4 bilion bagi menyokong pembangunan semula prasarana anda,” katanya.
Perdana Menteri juga berkata Khazanah Nasional, yang memiliki pejabat di Silicon Valley, California dan telah melabur kira-kira US$400 juta dalam syarikat teknologi tinggi, juga berhasrat meningkatkan pelaburannya. - ismaweb
Related Posts :
Update Graduan guru menganggur, UPSI ambil maklum >> Berita Malay 18 KUALA LUMPUR 24 Julai – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sentiasa mengambil maklum kesukaran yang dihadapi graduannya yang mas… Read More...
Update 'Guru' nekad bekerja sebagai pekerja pembersihan, penoreh getah >> Berita Malay 18 Imej via Utusan Online KUALA LUMPUR 24 Julai - Seorang graduan pendidikan sanggup berkelana ke negara jiran, Singapura demi mendap… Read More...
Update Lima juta kubik meter air melimpah >> Berita Malay 18Sinar, 24 Julai 2018 Sebahagian penduduk yang diselamatkan dalam kejadian itu. VIENTIANE - LAOS. Ratusan dilaporkan hilang dan jumlah mer… Read More...
Update Menteri, Timb. Menteri PH TIDAK HORMAT PM, Tun M >> Berita Malay 18 Kehadiran anggota parlimen terutamanya semasa sesi perbahasan perlu diberi keutamaan walau sesibuk mana kita dan harus menghormati Ketu… Read More...
Update FB PPBM secara terbuka kata Syed Saddiq TAK MATANG, TAK LAYAK JADI MENTERI >> Berita Malay 18 SEE I TOLD YOU HE IS IMMATURE!!! Its not a question of age, he just doesn't have it. Syed Saddiq....And this was when? First he sugges… Read More...