Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, kenyataan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang kononnya bekas penasihat Bank Negara Tan Sri Nor Mohamed Yakcop cuba melindungi Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung skandal forex boleh mendatangkan kesalahan mengancam, menghina atau mencederakan saksi.

Beliau merujuk kenyataan Ketua Pengarah JASA Datuk Mohd Puad Zarkashi semasa pendengaran Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hari ini yang
menuduh Nor Mohamed cuba melindungi bekas perdana menteri itu.
Sri Ram memetik Seksyen 12 (2) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang menyatakan bahawa "mana-mana orang yang mengancam, menghina atau mencederakan orang lain yang memberikan keterangan, atau berdasarkan keterangan yang telah diberikannya kepada pesuruhjaya, melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun."
Bekas hakim itu, bagaimanapun, berkata komen Mohd Puad itu mungkin tidak termasuk dalam definisi penghinaan di bawah Seksyen 14 akta yang sama.
"Tetapi dia boleh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12 (2). Sama ada dia akan didakwa adalah soalan lain," katanya kepada Malaysiakini.
Sri Ram adalah seorang peguam sebelum beliau dilantik sebagai hakim Mahkamah Rayuan pada tahun 1994. Selepas bersara pada tahun 2010 sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, beliau menubuhkan firma undang-undangnya sendiri
Related Posts :
Update [Video Dana RM90 juta: Nik Abduh, Husam, Nasharudin dipanggil SPRM] Mintak 4 Saksi, Sekali Dapat 40 Saksi Daa..! Dana RM90 juta: SPRM akan panggil Najib juga, jika... >> Berita Malay 18Jumaat, 8 Februari 2019
Mintak 4 Saksi, Sekali Dapat 40 Saksi Daa..!
Dana RM90 juta: SPRM akan panggil Najib, jika...
Suruhanjaya P… Read More...
Update Foto Viral Kanak-Kanak Paling Kacak >> Berita Malay 18
Baru-baru ini viral di laman media sosial dengan foto-foto seorang kanak-kanak lelaki yang mempunya wajah yang tampan. Ramai orang terpuka… Read More...
Update Hipokrasi pemimpin DAP, Melayu naif mudah tertipu >> Berita Malay 18
1. SEMALAM Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin menegur sikap pemimpin yang memiliki sijil palsu. Sikap ini menurut beliau menggambarkan si… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2019/02/update-peruntukan-sekolah-cina-dianggap.html">Update Peruntukan sekolah Cina dianggap "penghalang" perpaduan - Prof Teo Kok Seong >> Berita Malay 18
Profesor Teo Kok Seong
KUALA LUMPUR: Masyarakat Melayu sering menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap peruntukan yang diberikan … Read More...
Update [Video Bukan Biasherrr Biasherr Malu Ape Bossku - Bimbang penyokong PH nampak] Nik Abduh: Pejabat SPRM buka ke? >> Berita Malay 18Jumaat, 8Februari 2019
Nik Abduh: Pejabat SPRM buka ke?
Anggota Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hadir ke Ibu Pejabat S… Read More...