Saifuddin Nasution berkata jelas PAS lebih selesa berdampingan dengan Umno.
Saifuddin berkata PKR sudah 2 tahun berusaha untuk mendapatkan kerjasama PAS menentang Barisan Nasional (BN) tetapi masih gagal.
“Pendirian saya ialah setiap usaha dan ikhtiar harus ada garis masanya supaya ada kepastian dan ini memudahkan semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini untuk menafikan spekulasi beliau sudah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai setiausaha agung.
PKR semalam menafikan Saifuddin, dilihat antara pemimpin parti yang tidak bersetuju kerjasama dengan PAS, meletak jawatan.
Saifuddin berkata walaupun pelbagai usaha dibuat, adalah jelas PAS lebih berkenan kepada Umno, dan ini memaksa parti lain dalam PH membuat keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan PAS.
“Rakyat dapat melihat dengan jelas usaha ini dan rakyat dapat melihat saban hari PAS menunjuk sikap dingin dengan PKR dan Pakatan Harapan sebaliknya semakin lunak dengan Umno/BN,” kata Saifuddin.
Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau sendiri bersetuju supaya usaha berunding dengan PAS diteruskan.
Read More / Baca Lagi >>